Thursday, November 17, 2011

resepi roti sosej untuk Kakak

Ada banyak sebab kenapa banyak hari tak update blog. Antara sebab yang utama ialah malas & tak ada mood. Berapa hari ni rasa tak sedap hati aje - asyik rasa nak marah aje. Tak tahu kenapa! Perasaan tak tentu hala! Fikiran berserabut!... 

Malam ni terpaksa update blog pasal kakak minta resepi roti sosej & Pizza. Nak sms panjang sangat so kalau letak dalam blog ni senang sikit.  Saya banyak hari tak buat roti - malas sebenarnya pasal anak2 tak makan! Setakat makan sekeping sorang2 baik tak payah buat! Asyik buang aje - sayang & membazir aje so baik tak payah buat. Suami pun tak larat nak habiskan sorang sebuku roti tu!

Roti Sosej - copy & paste dari blog Mat Gebu - terima kasih ya!

BAHAN DOH ROTI :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung (mat guna susu everyday)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram)
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)

BAHAN LAIN :-)
14 batang sosej ayamas
Telur untuk disapu (baki 30 gram tadi)
Bijan untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Kemudian uli hingga mendapat doh yang elastik, lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan, uli 10 - 15 minit tanpa henti. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on"..tunggu hingga siap.
UNTUK SOSEJ ROLL :- Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh dan ratakan. Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan san susun dalam layang pembakar. Buat hingga siap. Untuk cara melilit, anda boleh lihat di sini.....
Sapu telur pada permukaan roti dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan. Hidangkan...

Pau Ayam - dari blog Mat Gebu (terima kasih)

BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Resepi Pizza Gebu - copy & paste dari blog cik.min.com, terima kasih!.

Bahan-bahan doh pizza:

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)-cikmin tak guna
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan-bahan pizza gebu:

3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya-cikmin guna sos cili dan sos lada hitam LIFE

*cikmin pelbagaikan toppingnya seperti kiub nenas, minced chicken ayamas,

Cara buat Doh Pizza:

Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.

Kaedah lain: Masukkan semua bahan untuk doh kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap. (huhuhu..bila lah nak ada bread maker ni)

Untuk pizza gebu:

Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.

Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella.

Bakar 20 – 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.




No comments: