Thursday, November 10, 2011

pau yang pertama

Inilah hasil pau saya yang pertama. Saya rasa ada banyak lagi kekurangannya - banyak lagi yang nak kena diperbaiki. Tapi macamanapun saya rasa seronok sangat dapat buat kuih pau ni tambah2 lagi bila anak2 cakap sedap. Yang tak bestnya walaupun depa kata sedap tapi makan setakat 1-2 biji aje. Bukan jenis pemakan budak2 tu! Ikut perangai saya masa kecil - dulu2 saya pun macam tu jugak. Bab makan ni memang cerewet sangat. Sekarang ni bila dah kahwin & ada anak baru lah semua makanan saya bedal he..he.. Langsung tak cerewet pasal makanan!

Hari ini plan nak buat pizza pasal anak2 tak pergi sekolah. Tapi hari ni rasa tak sihat pulak. Rasa berat sangat kepala ni. Nak tidur pun tak boleh pasal adik tu asyik buat perangai aje. Hari ini saja tak bagi budak2 tu pergi sekolah pasal bukan belajar pun. Awatif cakap adik kena pukul dengan budak darjah 3 semalam. Bila tak belajar - cikgu tak masuk kelas sangat so mungkin budak2 keluar kelas main2. 

Stop cerita pasal tu - jom layan gambar2 pau saya ni :-




p/s:- kakak pun dah beli bread maker semalam - projek roti dia akan bermula malam nie he..he.. Sukalah anak2 dia tu!! Budak2 tu memang hantu roti semuanya he..he..