Tuesday, November 1, 2011

Pai Labu

Tadi sempat buat Pai Labu - dah berapa hari teringin nak makan. Dari minggu lepas dah beli labu tu. Ikutkan dari pagi tadi dah boleh siap tapi bila nak ready2 kan bahan2 tengok telur dah habis. Nak keluar ke kedai rasa tak larat. Lepas ambil budak2 tu dari sekolah pun rasa tak larat sangat nak singgah kedai. Lagipun kalau ke kedai ngan budak2 nie - kang macam2 pulak mereka nak.

Lepas Maghrib tadi keluar beli kasut sekolah adik. Kan musim hujan sekarang - kasut dia basah. Pagi tadi dia mengamuk kata kasut dia busuk! Iyalah bila dah basah tu jadi berbau lah! Awatif dah besar so pandai lah dia jaga kasut dia supaya tak basah sangat. Adik nie bukannya boleh harap sangat - kalau ada air bertakung tu sure dia redah aje! Nak basuh atau jemur sekarang ni hujan tiap2 hari. Cuma hari ni aje siang tak hujan, malam tetap hujan jugak! Lepas beli kasut tu, singgah bank kejap, bank in kat duit kat Ikin (sorry ya lambat) pastu baru beli telur & bahan2 kek. 

Saya tak sihat sebenarnya - sakit yang selalu saya kena - bengkak (berbiji) kat leher. Kali ni jadi kat sebelah kiri. So start dari dalam telinga sampai bahagian muka serta bahu belah kiri rasa sakit. Baru perasan pagi tadi bila rasa sakit. Bila baru2 jadi ni kuranglah sikit rasa sakit tu tapi kalau bengkak tu makin besar sakitnya tak boleh nak cakap macamana! Ingat nak pergi klinik tadi tapi rasa boleh tahan lagi. Esok kalau tak tahan sangat baru pergi. Saya ni kan alah ngan pain killer so kena berharap kat antibiotik aje! Ada satu jenis antibiotik tu saya memang serasi sangat. Lepas makan tu rasa kurang sakit & lepas 2,3 hari bengkak tu hilang. Tapi kuat lah sikit ubat tu. Saya ni memang selalu-selalunya kena makan ubat! Macamanalah si adik tu tak ikut Ummi dia kan??

Last kena sakit ni sebelum puasa tahun ni - time tu sakit sangat2! Sampai nak telan air liur pun sakit! Time tu dua2 belah bengkak. Sakit sampai nak tidur pun tak boleh. Nak makan pain killer tak boleh so kena bertahan ajelah sambil berdoa supaya cepat sembuh!

So doakan saya cepat sembuh ya kali ni - harapnya bengkak ni tak melarat lah ya! Ada jugak sekali tu ada terasa biji2 tapi lepas sehari dua tu terus baik. Tak ada bengkak apa2 dan tak sakit! Mudah-mudahan kali ni pun jadi macam tu jugak! Plan nak start projek kek esok untuk bawa pergi KL Jumaat ni. Kalau berterusan sakit macam ni rasanya tak ada lah kek untuk raya Haji nie.

Oklah, jom menjamu mata tengok Pai Labu saya nie!! Dek kerana tak sabar nak makan, panas2 pun saya dah potong so jadilah macam gini :-

Pai Labu - panas dari oven

panas2 dah potong jadilah macam gini! dah tak sabar nak makan sangat!!

3 comments:

bidadarindu said...

berbiji kat leher?datang raya sini nnt,cuba try gi homeopathy plak...hari tu danish ngan cinta dr tu check ada kelenjar/biji kat leher..means ada apa tah dia kata..masa tu dorang demam ngan batuk...dia bagi ubat...ok pulak dorang pas tu...

datang sini nnt kita citer lagi pasal homeopathy ya..

Kaz said...

Smg takda apa2lah ya Fizin. Smg semua tu boleh hilang bila makan antibiotik nanti. Ina pun any time nak kena refer kat ENT specialist ni, sekrg ni ina selalu rasa telinga berdenyut-denyut pula. Seriau sungguh bila teringat kat operation room.

ikatankasihku said...

kak fizin dah sihat dah?
take care yer kak..