Monday, November 28, 2011

adik nak bersunat esok

Saya simpan dulu cerita pasal cuti2 ke Johor minggu lepas. Ni nak cerita pasal adik & Robin yang akan bersunat esok. Untuk pengetahuan semua umur adik 7 tahun dan Robin 8 tahun. Buat masa ni kedua2 mereka masih relax dan steady - yang gelabahnya Ummi & Walid masing2. Saya & suami dok berdebar2 nie - bila cerita pasal bersunat aje terus rasa seriau - seram sejuk dibuatnya!

Sepatutnya kenduri doa selamat dibuat sebelum bersunat tetapi memandangkan tiada masa yang sesuai maka bersunat dulu baru buat kenduri. Sekarangkan musim kenduri kahwin - tiap2 minggu ada aje jemputan. Itu jugak salah satu sebab kenduri buat kemudian! Mungkin nak buat dalam masa 2 minggu nie - nak confirm dulu ngan Uda & Farah. Kalau ramai2 datang kenduri baru rasa seronok!

Suami rasa tak berani nak masuk sekali bila adik bersunat nanti so minta tolong Pak Teh temankan he..he.. Saya macam berani sikit tapi takut pulak nanti tiba2 panik terus pengsan ke apa! Pengalaman pertama nak sunatkan anak - macam gitulah kot kan perasaan ibu bapa? Abang Lee berani so tak ada masalah lah siapa nak temankan si Robin tu!

Si adik tu bukan main bersemangat nak sunat esok. Robin pulak macam takut2 aje pasal masa jumpa Muqri kat Johor baru2 nie bila Robin tanya Muqri sakit tak bersunat - Muqri jawab "rasa sakit macam nak mati" - lepas tu terus si Robin tu jadi takut! he..he.. Muqri jawab berdasarkan pengalaman dia! Iyalah - betul lah dia cakap tu! Sakitkan? Lepas Muqri bersunat tu dia demam! Kesian dia! Esok tak tahulah keadaan si adik & Robin tu macamana! Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar esok.

Adik dok sibuk minta hadiah dekat semua orang! Dia cakap dengan ibu dia suka bersunat pasal orang akan bagi hadiah. Ibu kata jangan harap orang bagi hadiah he..he.. Entah mana dia dapat idea yang lepas bersunat akan dapat hadiah. Ibu & mak dah sediakan hadiah untuk diaorang! Hadiah dari ibu dah beli tadi - yang emak punya lusa baru nak beli. Budak2 tu tak tahu lagi ibu dah belikan hadiah - esok baru nak tunjukkan. Saya & kakak nak belikan PS2 - Belum beli lagi pasal nak cari yang murah. Nak kena survey dulu.


budak yang akan bersunat esok!

p/s:- tolong doakan keselamatan untuk adik & Robin ya esok!

No comments: