Saturday, October 29, 2011

telinga berdarah




Hari ini memang plan nak pergi Kuantan pasal nak carikan hadiah untuk adik. Awal2 pagi masa saya tengah tidur terdengar adik dok mengadu kat suami yang telinga dia berdarah. Time tu tak lena tidur pasal anak2 bising sangat. Biasanya kalau cuti macam2 nie - kalau adik bangun tengok Walid tak ada kat sebelah dia, dia akan mengamuk. Pastu Ummi lah yang kena panggil Walid yang ada kat luar bilik dok layan internet sambil tengok tv. Suami memang tak biasa tidur balik lepas Subuh. Beza betul ngan isteri dia nie - lepas Subuh aje terus zzzz!!!

Bila dengar kata telinga dia berdarah tu terus bangun tengok. Memang ada darah kering dalam telinga dia pastu  bila tengok kat dalam tu ada darah lagi. Nak kata banyak sangat tu taklah tapi seriau jugak lah bila tengok. Macam ada luka. Saya takut ada binatang masuk atau apa2 yang serius. So cakap ngan suami kena bawa pergi Klinik nie.

Lepas dah siap2 terus pergi Klinik. Sampai kat Klinik dalam pukul 10 pagi - orang dah penuh dah. Kalau nak tunggu mahunya sejam dua. Saya cakap ngan suami baik pergi Klinik kat Kuantan aje pasal alang2 memang nak pergi sana pun. 

Bila sampai kat Klinik, Dr cakap nampak dalam telinga dia tu bengkak sikit. Dr takut ada apa2 yang serius so suruh refer ke Specialist. Asalnya dia nak tunggu dulu dalam seminggu baru nak suruh ke Specialist tapi saya minta nak refer ke Specialist hari ni jugak pasal dah memang nak ke Kuantan pun hari ini. Kalau minggu depan bila pulak nak perginya pasal nak pergi KL - raya Haji kat sana. Lagipun risau jugak nak tunggu sampai seminggu. Takut apa2 serius dalam telinga dia tu. Benda yang kita tak nampak nie takut sikit. Benda dalam - kalau kat luar2 ni kalau luka boleh letak ubat ke apa kan?

Sampai kat Kuantan Specialist dah pukul 12 tengahari - kelam kabut sikit pasal Klink Pakar tu tutup pukul 1. Awatif kena tahan lapar pasal nak kena selesaikan hal adik dulu baru boleh makan. Mujur tak kena tunggu lama - dalam 20 minit dah boleh jumpa Dr. Bila Dr check telinga & scop dalam telinga dia tu memang nampak ada bengkak & berdarah sikit. Ada macam luka. Dr pun tak tahu kenapa telinga dia boleh luka & berdarah macam gitu. Gegendang telinga tak ada masalah. Alhamdulilah!

Tanya adik, dia ada korek tak telinga dia semalam - dia kata tak. Dr pun hairan jugak macamana boleh luka. Dr hairan - saya lagilah hairan kan? Tanya banyak kali kat adik - adik korek tak telinga adik - dia tetap ngan jawapan dia TAK! So sampai sekarang tak tahu puncanya! Dr suruh lagi seminggu datang check lagi. Dr pesan jangan korek, jangan bagi masuk air & buat apa2 dalam telinga dia tu. Biar aje macam tu. Ubat pun Dr tak bagi. Sepatutnya kena pergi hari Sabtu tapi Sabtu dah nak pergi KL - minta awal sehari. Suami kena cuti lah hari Jumaat tu. Ingat nak simpan cuti untuk bulan 12 nie!!

p/s:- dah la hidung selalu berdarah - ni telinga pulak! macam2 lah anak boy Ummi sorang nie!!

p/s:- seronoknya dengar si Bidadarindu & Yan buat birthday party kat Cinta - siap ada kambing golek 2 ekor! memang meriah! rugi kami tak dapat join hu..hu..hu..

No comments: