Tuesday, October 11, 2011

percubaan pertama yang gagal

Seri muka yang saya buat semalam 98% gagal. Yang lagi 2% tu saya yakin bila makan rasanya adalah sikit macam seri muka yang saya selalu dok beli kat pasar malam tu. Yang saya buat ni dah jadi macam puding seri muka pasal kalau nak makan nak kena pakai sudu. Memang lembik sangat2 - bukan kata lapisan atas aje, lapisan bawah pun sama. Nak cuba buat lagi tapi macam "meroyan" aje. Nak kena tunggu 2-3 hari baru ingat nak cuba balik. Kali ni rasanya dah tahu kot apa masalahnya.

Nak tangkap gambar nak tunjukkan kat sini tapi rasa macam malu pulak pasal teruk sangat keadaannya. Bila cal bagitahu ibu & kakak - rupanya bukan saya sorang yang tak pandai buat ya! he..he..

p/s:- Yan pandai tak buat seri muka ni? tak nak cuba buat ke?

p/s:- adik dah ok sikit - demam dah baik cuma ulser tu ada lagi tapi oklah sikit - dia dah boleh makan & dah tak nangis2 dah cakap sakit. Alhamdulilah! 25hb ni birthday dia yang ke 7 tahun. Dia nak Ummi buat birthday party kat dia - tengoklah dulu macamana tahap kerajinan Ummi sekitar tarikh tu he..he.. (lagipun tak best buat kat sini, tak ada sedara)

2 comments:

NASI BARYANI SEDAAAAAP... said...

Nak buat talam tokyo dah terror la, tapi seri muka blm pernah lagi.. tapi rasanya, sama jea kot teknik dia...

Yang penting jgn putus asa, aja aja fighting!!

Kalau 25hb ni cuti datangla KL, ingat nak buat besday humaira masa tu...

bidadarindu said...

Dia terror buat kuih kiswie...hari tu buat....sedap...dengan kelapa2 dia sekali sedap...dah makan nak makan lagi...dah makan nak makan lagi...nyam nyam nyam....