Sunday, October 23, 2011

nak buat birthday party adik esok

Semalam pergi Kuantan, beli barang2 untuk buat birthday party adik esok. Birthday dia hari Selasa 25hb tapi saja nak buat awal sehari kerana esok suami cuti sempena Keputeraan Sultan Pahang. Nak buat hari minggu tak boleh kerana 2 sebab, pertama anak2 nak study untuk exam (walaupun minggu ni dah start exam tapi subject biasa2 aje, minggu depan subject susah2) dan keduanya takut suami kena kerja pulak. Sejak sebulan dua ni asyik sibuk aje dia tu. Sabtu Ahad pun kena kerja. Mujur minggu ni kurang sikit sibuk.

Tadi dah bagi jemputan kat kawan2 sekolah & cikgu2 dia tapi saya agak mungkin ramai yang tak dapat datang. Sebenarnya nak buat simple2 aje - ambil syarat aje. Mula2 tak nak buat dah tapi kesian pulak kat dia. Dia yang beriya2 nak buat majlis harijadi kat rumah ni. Selalunya buat kat KL atau kat kampung. Dia nak kawan2 dia datang kat rumah. Kat kawasan rumah ni adalah 3-4 orang kawan sekolah dia. Yang tu ajelah kot yang nak datang pun esok he..he.. 

Adik request nak kek bola kat Secret Resipe. Dia tak nak kek Ummi buat pasal tak cantik! So minggu lepas dah siap order kek tu. Kek tu kena order sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh kita nak tu. 

Menu untuk esok dah ada - kali ni memang tak buat kek langsung. Nak buat yang simple2 aje. Rasa penat hari tu pun belum habis lagi. Kaki masih rasa sakit lagi. Kalau berdiri lama2 rasa sengal aje. Tapak kaki pun rasa sakit, kalau nak jalan dalam rumah pun kena pakai selipar. Bila dah sakit macam gini barulah sedar diri dah tua sebenarnya saya nie he..he.. Lagi 4 tahun nak ke 40!!


No comments: