Monday, October 24, 2011

majlis harijadi adik dah selesai!!

Selesai sudah majlis harijadi adik, Alhamdulilah!  Lega sangat. Saya sekarang dalam keadaan yang sungguh letih & memenatkan. Dapur bersepah sangat2 - tak terdaya nak mengemas malam ni. Esok baru nak sambung ngemas. 

Tak sangka tetamu ramai yang datang. Bihun 4 bungkus, roti 3 buku (gardenia yang besar) dan nugget 3 bungkus habis! Saya takut makanan tak cukup tadi pasal memang tak sangka kawan2 adik ramai yang datang. Tapi bukan kawan sekolah yang datang - kawan2 sepermainan dia petang2 yang ramai datang. Kawan sekolah sorang pun tak datang (kecuali Imran, jiran depan rumah) pasal cikgu lupa nak bagi kad jemputan yang saya bagi semalam kat sekolah. Mula2 memang nak marah tapi fikir2 balik tak apalah. 

Saya memang masak agak2 aje pasal tak pasti berapa orang yang nak datang. Nak masak banyak takut tak habis, membazir pulak. Nak masak sikit takut tak cukup pulak. Memang memeningkan betul keadaan saya pagi tadi. Fikir punya fikir saya buat bihun 3 bungkus dulu, kemudian baru sebungkus lagi. Roti pulak mula2 buat sebungkus setengah dulu pastu bila ramai yang datang baru habiskan 3 bungkus roti. Nugget pulak suami memang standby aje kat dapur untuk goreng. Itu memang tugas dia hari ini he..he.. Saya nak goreng dulu banyak2 dia tak bagi pasal dia kata makan sejuk2 tak sedap. Makan panas2 barulah best! Bila goreng panas2 memang cepat laku lah! Kejap2 habis, kejap2 habis! Budak2 suka sangat! Tak cukup 3 bungkus sampai suami kena pergi kedai lagi tambah lagi 2 bungkus.

Sebenarnya malu nak cerita tapi nak cerita jugak! he..he.. Saya sebenarnya tak pandai nak goreng bihun atau yang seumpamanya macam mee & koew teow. Saya jarang2 sangat goreng bihun ni - rasanya setahun sekali pun susah. Asalnya menu saya nak buat bihun sup tapi suami kata leceh budak2 nak makan makanan yang berkuah. Awatif cakap ngan suami "Ummi buat bihun sup sedap tapi bihun goreng Ummi tak pandai, tak sedap lah Walid". Anak pun tahu kelebihan & kelemahan Ummi! Tapi suami beriya2 jugak nak suruh buat bihun goreng - dia kata makan bersup ni tak masuk ngan nugget.

Ayat dia yang paling best "cuba cari kat internet macam mana nak goreng bihun" he..he..Kalau tahu kat orang ni malu he..he.. Pagi tadi masa nak goreng bihun ni riuh satu dapur. Dia kata lain, saya kata lain. Last2 dia pergi tengok kat youtube cara2 nak menggoreng bihun!! Ha..ha..kelakar betul!! Yang dia nak makan dia nak goreng sendiri. Saya pun tinggalkan sikit untuk dia goreng sendiri. 

Walaupun Ummi tak pandai tapi Ummi paling terharu bila adik kata "bihun goreng ni memang terbaik la Ummi - adik makan banyak kali". Ummi rasa rahsia bihun goreng Ummi sedap ialah Ummi letak udang kering banyak2. Ramai tetamu yang datang tadi puji bihun goreng Ummi sedap he..he.. Bangga nie ha..ha..Setakat goreng bihun pun nak bangga kan?? Apalah!!!

marshmallow chocolate - buat sendiritu yang sememeh aje he..he.. tak pandai nak hias2!

paling mendapat sambutan dari budak2 - nuget

sandwich 3 rasa - cheese, egg, chicken

bihun goreng - adik kata "bihun goreng ni memang terbaik!"

cheese tart

apam mekar yang tak berapa nak mekar

apam dot dot

menu utama

bahagian dessert

banana chocolate - jugak buat sendiri - abaikan keadaan yang kurang itu ya he..he..

marshmallow & banana chocolate - budak2 suka sangat

kek besday adik

cantik kan tengok? nak belajar buat macam ni lah nanti!

peace!

senyum tak buka mulut

sebelum tetamu datang kita bergambar dulu

amboi! bulatnya pipi! he..he..

dagu berlapis he..he..

anak manja Walid

sementara tunggu tetamu datang, kita bergambar dulu!

buah hati pengarang jantung

adik ngan kawan2 sepermainan petang2 - masa ni tetamu tak ramai lagi datang

masa ni tetamu belum ramai tapi pasal dah lambat kena mula dulu - adik happy dapat celebrate besday ngan kawan2


boleh nampak adik tak ada gigi he..he..

adik ngan kawan2 kakak

Maiza ngan anak2 & anak2 jiran

kawan2 adik

sebahagian dari kawan2 kakak - kawan kakak yang datang tadi ada lebih kurang 10 orang

tetamu menjamu selera

kawan2 kakak menjamu selera

Kak Ina - jiran depan rumah

Mi ngan anak2 - lama tak jumpa Mi pasal dia baru habis pantang anak ke 4

 kawan2 Ummi

kawan2 Ummi lagi

tetamu last - pukul 8 malam baru datang!

2 comments:

rositahmdzain said...

teringinnya nak mkn bihun goreng syg. tp uda dah silau mata tgk apm mekar n dot dot tu. asyik2 ada je. raya haji nanti buat marshmallow coklat ek.
cantiknya birthday cake adik..hepi birthday adik..

rositahmdzain said...

lupa nak bgtau yang, pokok kat sebelah ni apple ek? agak mngganggu la uda nak tgk bloglist.. tebang boleh tak? ;-p