Monday, October 10, 2011

kisah asam pedas ikan parang & malas masak

Masa tengah menaip ni kuih seri muka percubaan pertama saya dalam periuk kukus. Tengok dari rupanya rasanya saya dah gagal! Dah sejam lebih saya kukus tapi lapisan atas yang hijau tu tak keras2 pun. Dah fed up rasanya. Saya memang ikut resepi 100%. Entah mana silapnya pun tak tahulah!!

Sebelum cerita panjang2 saya nak jerit bagitahu : Ibu, Mak, Uda, Kakak - sayang dah masak asam pedas ikan parang. Buat Farah tolong habaq kat Zamer  kak sayang dah masak ikan parang tu! he...he... Apa ceritanya nie?? Macam nie he..he.. nak gelak dulu ya!! Masa kat KL kat rumah kakak tu (lepas kenduri), suami saya mengadu kat semua orang yang saya malas nak masak. Yang tak boleh tahan tu ayat dia "ikan parang dok dalam peti ais dah sebulan tak masak2"! Ibu & mak bila dengar suami mengadu bayangkanlah macamanakan? Tapi tak apa, memang pun saya mengaku saya malas nak masak. Ikan parang tu mulanya suami tak bagi beli pasal tahu saya nie memang tak masak. Perangai buruk saya bila pergi pasar aje saya memang "kelabu mata" - semua ikan, udang saya nak beli padahal masak tu saya malas.

Ikan parang tu saya yang iya2 nak beli pasal bukan senang nak jumpa ikan parang kat area Kemaman nie. Bila dah jumpa tu terus beli aje. Masak ke tak masak ke belakang kira, janji ikan parang tu ada dalam peti ais. Udang dan sotong pun dah ada kat dalam peti ais sebulan. Hari ni saya clearkan peti ais setengah. Udang dah habis, ikan parang tu ada lagi 2 ketul (kepala & ekor) & sotong. Esok nak habiskan semua2 tu sebelum suami mengadu lagi kat ibu & mak he...he...Kalau dah tak ada apa2 dalam peti ais tu dia susah lah nak mengadu kan pasal tak ada bahan nak masak pun he..he.. 

Entah kenapa saya bab memasak seharian ni saya malas sangat2. Bayangkan nak masak nasi pun saya malas. Lepas ambil anak2 sekolah terus beli nasi. Sekarang ni tiap2 hari beli nasi kukus. Sebungkus share 3 beranak pun tak habis. Malam anak2 dah tak nak makan. Memang jimat betul he...he....

Pasal malas lah tahun ni saya tak buat open house. Kawan2 pun heran kenapa saya tak buat open house tahun ni. Sejak pindah sini tiap2 tahun saya buat open house. Tahun ni aje rasa macam malas, tak ada mood, tak ada perasaan & macam2 lah rasa. Macam ada something aje yang tak kena tahun nie. Bukan kata tak buat open house - rumah sapa2 yang buat open house pun saya tak pergi. Cuma pergi satu rumah aje iaitu jiran depan rumah. Itu pun pasal anak2 dia kawan dengan anak2 saya. Anak2 saya yang nak pergi sangat. Tahun ni tema saya "berkurung dalam rumah". Kawan2 aje yang datang rumah beraya. Tak masak pun cuma jamu apa yang ada aje. Dahlah masa lepas raya hari tu terlupa nak ambil kuih raya kat rumah kakak. Sudahnya pusing keliling bandar Kemaman cari kerepek buat jamu sapa2 yang nak datang beraya kat rumah. Tahun ni memang nostalgia sungguh!

Sambung balik pasal cerita seri muka tu - adik demam hari ini. Ada lebih kurang 10 biji ulser kat lidah dia. Dia yang nak makan sangat. Dia sebut seri muka tu kuih green. Dari tadi dok mengamuk kat saya pasal tak masak2 lagi kuih green. Saya bagitahu dia Ummi tak pandai masak, baru first time Ummi buat. Pastu dia dok mengomel macam2 kat saya. 

Nak tahu apa jadi kat seri muka saya tu esok la saya sambung ya pasal sekarang pun tak masak lagi. Seri muka ni kena tunggu betul2 sejuk baru boleh potong! Rasanya memang tak jadi - tak kisahlah janji saya dah cuba. Biasalah first time buatkan? Pulut banyak lagi - boleh cuba lagi lain kali. Ingat esok nak buat lopes. Pulut susu tu saya beli kat Padang Besar masa saya pergi lepas raya hari tu.

p/s:- rasanya mood masak saya dah mai sikit sikit kot he..he...

4 comments:

bidadarindu said...

Nasib baik Abg Lan bukak mulut hari tu...kalau x,alamat ikan tu beku sampai boleh buat parang bebetul....he he...

p/s : satu ulser kat mulut pun sakit mcm nak demam,inikan pulak 10....fuhhhhhhh sakit tu...sian Aisy...

ikatankasihku said...

rajin betul kak fizin ni...

Hafidzin said...

Bidadarindu - he..he.. dah tahu diam2 aje !

Ikin - kakfizin bukan tergolong dalam golongan orang yang rajin! pemalas sebenarnya kakfizin nie! he..he..

NASI BARYANI SEDAAAAAP... said...

Bab mengemas dan buat kek memang dia rajin....