Thursday, October 27, 2011

Kek Pavlova yang kurang masak

Keinginan nak buat Kek Pavlova ni dah lama. Teringin nak mencuba rasanya macamana. Nak beli kat Kemaman nie tak tahu kat mana. Bila pergi KL tak ada kesempatan nak order. Selalunya asyik lupa aje. Iyalah duduk KL pun setakat sehari dua aje - kalau duduk lama2 tu boleh lah jugak kan?? So bila tak ada kesempatan nak membelinya kenalah cuba buat sendiri.

Sejak seminggu dua ni asyik sibuk mencari resepi ni kat Internet. Bila tengok resepi tu rasa macam senang aje. Chewah!! macam lah pro kan he..he.. Nampak macam senang tapi susah!! Tak menjadi percubaan pertama Kek Pavlova saya ni!! Bila mula2 keluarkan dari oven saya tak check pun dalam kek tu dah masak ke belum pasal nampak dari luar macam dah masak sepenuhnya.  Lagipun saya dah ikut resepi 100% - masak selama sejam 15 ke 20 minit. Nanti saya letakkan resepi dalam blog nie. Senang nanti siapa2 nak cuba buat.

Nampak gayanya kena cuba lagi. Tapi tak apa, selalunya macam tulah kan? Kena selalu buat baru lah menjadi. Orang yang betul2 pandai - sekali buat dah jadi. Saya sedar diri saya bukanlah tergolong dari kalangan orang2 seperti itu he..he..

Jom kita tengok gambar2 Kek Pavlova saya (walaupun tak jadi - nak tayang jugak kat sini he..he..) :-

baru keluarkan dari oven - nampak dari luar macam dah masak kan?? sebenarnya dalam tu tak berapa masak lagi tapi saya tak tahu - maklumlah pertama kali buat - dah tu tak pandai sangat!

hasil tangan orang yang tak kreatif macam ginilah

Awatif makan sekeping, adik makan sekeping - boleh nampak kat dalam tu tak berapa masak - dah potong baru tahu!

Awatif tak sabar2 nak makan - rasanya pasal ada strawberry tu!

anak2 cakap "kek ni memang terbaik" he..he.. padahal kek tu tak menjadi sangat

lagi sekali tunjukkan "bagus"!! he..he.. sebenarnya Ummi yang suruh buat!!
p/s:- walaupun tak jadi anak2 tetap makan dan puji "kek Ummi sedap" - he..he.. oklah tu kan? lain kali cuba lagi. kek ni rasa manis sangat! lepas makan nak kena minum air kosong baru rasa selesa. kalau lain kali buat  lagi nak kena kurangkan gula. 

2 comments:

rositahmdzain said...

uda memang teringin sgt nk rasa pavlova ni tp yg ni nmpk mcm x brape sedap tp xtau la kan kdg2 rupa x cantik tp rasa terbaik mcm budak 2bradik tu kata la kan. depa tu mcm walid depa.so raya aji nak buat sendiri ke nak suruh nani rostam buatkan( maksudnya beli la kan )..hehe

bidadarindu said...

budak 2 org tu kena paksa cakap terbaik dan sedap kot...kalau x...kalau x...emmm....he he