Thursday, October 13, 2011

hiasan dapur cupcakes

Norly (sekarang tengah mengerjakan Haji - seronok dia - muda2 dah ada rezeki ke sana - masa jumpa dia sebelum dia pergi tu berpelukkan sambil bergenang air mata - saya memang pantang kalau orang nangis depan2 pasal nanti saya pun "join" jugak he..he..) cakap sekarang ni orang (yang minat hiasan English) dah tak minat cupcakes nie - cupcakes ni dah fesyen lama - sekarang ni musim gambar teko pulak. Tapi saya belum lagi hilang minat dengan cupcakes nie - biarlah orang nak tukar tapi saya belum lagi. Hati saya masih berpaut kuat kat cupcakes. Cupcakes ni nampak cute sangat. Sekarang nie saya tengah cari kain cupcakes untuk buat langsir. Susah sekarang nak cari pasal dah bukan musim dia. Pergi mana2 pun asyik nampak teko aje he..he.. Tak berkenan pulak saya ngan teko tu - belum jatuh hati lagi, esok lusa tak tahulah pulak kan?

Mari kita tengok koleksi hiasan cupcakes saya yang saya hias kat dry kitchen saya. Taklah hebat sangat macam dapur orang lain. Sejak balik raya hari tu jenuh perah otak fikir macamana nak tukar kedudukan biar dry kitchen saya tu nampak luas. So bila dah ada idea saya paksa lah suami saya membanting tulang mengangkat kabinet almari yang kecil & peti ais ke wet kitchen. Sekarang ni wet kichen sempit sikit tapi tak apalah, rasa selesa pulak. Lagipun bukan ada ramai orang nak masak kat situ - yang ada pun saya sorang aje. Gambar wet kitchen lupa pulak nak ambil. 

cupcakes & donut dari kain serta balang kuih kain cupcakes ni dah lama saya order, sebelum puasa lagi tapi memandangkan bulan puasa lepas saya tak ada kat rumah maka barang2 tu baru aje diposkan pada saya dan hari ini barulah saya dapat - order kat fb - cupcakes tu 6 biji r35 (rasanya) & donut rm30 (ingat2 lupa tapi harga dalam lingkungan tu lah) & balang kuih rasanya rm70 kot - dah lama order dah lupa pulak harganya.

cantik tak? kalau tengok macam senang nak buatkan? balang kuih tu memang saya tak berniat nak letakkan kuih dalam tu - memang untuk hiasan semata2 aje - kan seronok kalau saya pandai jahit - ni yang buat tak sabar nak belajar menjahit nie!!

zoom dari dekat - donut & cupcakes - bila belek2 tadi rasa macam senang aje nak buat tapi kalau saya buat sure tak jadi - mesin jahit baru beli tu sampai ke hari ni tak berusik

balang kuih cupcakes - sekarang ni saya tengah nak mengumpul barang2 hiasan kain cupcakes warna kuning untuk dry kitchen saya - nak tukar langsir, lapik meja & sarung kerusi makan  pulak lepas nie!

tudung saji besar kain cupcakes - tudung saji ni orang buat untuk tutup makanan tapi saya buat hiasan gantung kat dry kitchen - bila dah gantung nampak cantik pulak he...he... tapi bagi orang yang tak minat tentu rasa semak

tudung saji cupcakes kecil - sepasang ngan yang besar tadi - tempah ngan Kak Har - sebelum raya haritu dah  siap tapi pasal tak ada kat rumah, so baru 2 minggu lepas Kak Imah hantar kat rumah

baru tukar tempat - kabinet kecil tu dah dipindahkan kat wet kitchen - barulah lapang sikit kat dry kitchen tu - nak tukar meja makan baru tapi nanti2 dulu - duit kena simpan dulu!

dari jauh

nampak "penuh" sangat tak? biasalah kalau hiasan dapur gaya English macam ni - kalau tengok kat fb kelab English Style Decoration tu lagi penuh ngan barang2 sampai kadang2 tu tak nampak langsung ruang kosong kat dinding ngan atas kabinet dapur

Habis cerita pasal hiasan dapur saya nak tunjuk inilah "port" baru saya sejak 2 minggu ni. Pantang ada masa lapang kat sinilah saya bertapa. Kadang2 kalau ada kerja pun saya akan ngelat kejap untuk "buang masa" kat sini. Sekarang ni saya tengah menggila balik dengan blog2 resepi kek & hiasannya. Sambil tu adalah jugak curi2 tengok drama & filem Korean. Tak boleh tinggal tu he...he...

laptop ni beli masa balik dari kenduri rumah kakak - gigih betul suami pergi Low Yatt Plaza mengharung jem semata2 nak beli laptop ni 

buat 2 kerja dalam 1 masa - kejap menghadap laptop, kejap menghadap tv - senang tak hidup saya? jangan ingat macam tu ya - masing2 ada kehidupan yang bermacam corak - nampak aje hidup saya senang tapi kadang2 tak siapa yang tahu! nak sambung panjang2 pulak nanti si Bidadarindu kata jiwang pulak so kena stop kat sini aje he..he..

5 comments:

bidadarindu said...

he he...nasib baik tahu...basikal kat belakang tu buat hiasan je la ye..patut la x jadi erra fazira...he he...

ikatankasihku said...

cantiknya rumah akak..suka tema macam ni, nampak manis sgt..cup cake tu menawan hati ikin lah..cute!!!

Kaz said...

Ina pun suka tema cupcakes berbanding dgn teko. Cantik lah rumah Fizin, ina mmg tak leh nak berhias rumah mcm Fizin sbb ina ni malas nak mengelap dan menyapu habuk kat hiasan2 tu.

dhiera said...

sangat adore dgn balang kaca tu~ cantik!

Hafidzin said...

Bidadarindu - mmg basikal tu hiasan semata-mata - masa baru2 beli tu tiap2 hari dok exercise tapi itu hanya bertahan sebulan aje pastu yang dok exercise la ni - ADIK! tu pasal dia kurus!! he..he..

Ikin - thank you! kak fizin mmg minat brang2 yang bertemakan cupcakes nie - cute sangatkan?

Ina - untuk pengetahuan Ina fizin ni bukannya rajin sangat pun! pemalas jugak fizin nie - sebulan sekali pun belum tentu fizin lap habuk2 kat hiasan tu! he..he.. ikut mood aje sebenarnya - kalau malas biar aje - kalau rajin buat! he..he..

Dhiera - thank you! You pun minat cupcakes jugak! boleh berkongsi idea nanti!!