Tuesday, October 25, 2011

happy 7th birthday adik!

Hari ini tarikh sebenar birthday adik. Happy 7th birthday adik! Dah besar pun anak Ummi. Ummi ingat lagi 25hb October, 7 tahun yang lalu. Adik keluar dari perut Ummi pukul 5 petang. Pukul 3 petang Ummi dah dibawa ke bilik bedah. Walaupun time tu kali ke 4 Ummi kena operate tapi Ummi rasa takut sangat. Walid & Tok hantar Ummi sampai ke bilik bedah. Walid tak dibenarkan masuk pasal Ummi ambil ubat bius yang tak sedar langsung. Kalau Ummi ambil yang separuh sedar tu Walid boleh masuk tapi Ummi takut sangat kot2 nanti Ummi trauma dengar bunyi pisau yang nak belah perut Ummi tu untuk keluarkan adik.

Ummi sakit sangat2 lepas operation tu tapi bila tengok adik untuk kali pertama tu Ummi rasa sakit tu macam hilang aje. Masa tu adik putih sangat - macam muka tok belah Walid. he..he.. Adik kecil aje time tu! Berat adik sama macam kakak, 3.3 kg. Ummi rasa sekejap aje masa berlalu - tup2 sekarang adik dah 7 tahun.

Dari kecil adik selalu sakit - selalu keluar masuk hospital. Dengan bertambahnya umur adik lagi setahun ni Ummi harap adik lebih sihat ya. Adik kena makan banyak2. Susah betul adik nak makan. Ummi masak adik selalu tak mahu makan. Asyik nak makan macaroni cheese kat Secres Resipi aje. Walid kata kalau Walid Dato' tak apalah makan kat SR tu tiap2 hari he..he.. Nanti Ummi cari resepi kat internet dan buat special macaroni cheese kat adik ya. Rasa sama macam kat SR ya!!  Nanti tau Ummi buatkan untuk adik!

Ummi & Walid sayang adik sangat2. Ummi doakan agar adik membesar menjadi anak yang baik dunia & akhirat. Ummi tak paksa sangat adik belajar sekarang pasal Ummi & Walid rasa adik belum bersedia lagi tapi nanti bila adik dah bersedia - adik kena belajar betul2 ya! Cita2 adik nak jadi askar , memang Ummi tak galakkan tapi Walid kata tak apa kalau nak jadi askar tapi kena jadi yang berpangkat tinggi supaya tak dibuli orang. Ummi nak adik jadi doktor askar ya! he..he.. Ummi tahu adik boleh kalau adik rajin berusaha. Adik kena ingat selalu cakap Walid "kalau kita nak pandai kena selalu usaha, rajin belajar & baca buku - walau kerja apapun kita kena pandai".

Lagi sekali Selamat Hari Lahir adik! Ummi & Walid sayang sangat2 kat adik!!!


p/s:- duit kawan2 bagi semalam dapat dalam rm50 - adik nak beli mainan macam2, kejap ini, kejap itu he..he.. hadiah dari Ummi & Walid belum dapat lagi, mujur adik tak kisah sangat! yang buat dia tak kisah tu pasal dah buat majlis birthday dia semalam, kalau tak sure semalam dah bising nak hadiah!

p/s:- hari ni Ummi sakit kaki sangat2 - nak jalan, berdiri pun tak boleh. bawah kaki rasa macam mencucuk2 aje. ini gara2 banyak berdiri buat kerja start dari minggu lepas lagi. mula dari majlis usrah sampailah ke majlis birthday semalam. nak pergi klinik tapi tak jadi pasal kalau sakit pun nanti doctor bagi pain killer - Ummi mana boleh makan ubat tu (alah), nanti lagi teruk pulak! mujur esok cuti - bolehlah rehat banyak2 - tidur sampai ke petang!!

p/s:- UDA - POKOK APPLE TU SAYANG DAH TEBANG he..he..

2 comments:

Kaz said...

Happy birthday Aisy, Aunty doakan agar Aisy sentiasa sihat walafiat dan menjadi anak soleh.

rositahmdzain said...

FUUHH..selesa yg amat sgt. tq syg;)