Saturday, October 8, 2011

dessert

Nak cerita tentang kenduri rumah kakak minggu lepas. Tak ada idea sebenarnya nak mengarang tapi nanti biar lama2 basi pulak cerita ni he..he..

1-2 hari sebelum kenduri tu saya dah mula sibuk. Sibuk beli barang2 dan sibuk kat dapur. Saya sponsor dessert untuk kenduri tu. Saya buat kek coklat 4 biji (2 biji buat kat rumah, 2 biji lagi buat kat rumah kakak), apam dot dot strawberry & blueberry filling (masing-masing 3 adunan), cupcakes coklat 2 adunan & cupcakes vanilla 1 adunan. 

Butter cream untuk cupcakes saya buat kat rumah kakak malam tu. Saya sampai hari Jumaat malam dalam pukul 10 lebih. Kalau nak buat kat rumah siap2 takut pulak cair butter cream tu. So atas nasihat pakar iaitu Yan he..he.. maka saya pun buatlah kat rumah kakak malam tu. Memang penat pasal baru sampai tapi mujur ada Kakak Nadia. Assistant saya yang paling setia malam tu!

Saya dah lama tak tak buat hiasan cupcakes - buat masa pergi kelas tahun lepas aje. Itulah last saya buat pastu tak pernah cuba2 dah! Masa nak hias tu ibu & kakak nadia pun tolong jugak. So bila banyak yang membantu maka macam2 lah rupa cupcakes tu. He..he... Kelakar betul bila ingat balik! Masing2 nak tunjuk kreativiti masing2. Sendiri yang buat sendiri yang puji cantik he..he...

Pagi kenduri tu masa siap2kan dessert tu semua Nyah & mak dok cakap banyak sangat saya buat. Takut tak habis dan membazir. Bila dengar2 mak ngan Nyah cakap macam tu rasa seriau gak tapi tak apalah. Kalau tak habis nanti sedekah ajelah kat jiran2 sebelah. Kalau nak ikutkan pagi tu saya nak buat lagi 2 biji kek coklat tapi ibu tak bagi. Masa kat rumah saya tu pun saya nak buat apam mekar & tambah cupcakes lagi tapi tak jadi pasal singki tersumbat sampai banjir wet kitchen saya. Dalam hati nasib baik tak buat kalau tak takut membazir pulak. Tambah2 bila dengar mak & Nyah cakap banyak dah yang saya buat tu.

Alhamdulilah, semua dessert tu habis malah tak cukup. Tetamu yang datang petang dalam pukul 5 tu dah tak dapat makan. Semua mendapat sambutan terutamanya kek coklat. Kakak tak merasa langsung makan kek coklat pasal dok sibuk melayan tetamu2. Apam dot & cupcakes pulak mendapat sambutan hangat dari budak2 he..he.. Alhamdulilah! Ramai kawan2 kakak puji semua dessert tu sedap! he..he.. Ramai yang ingat saya buat jual! Nak buat bisnes? Tak berani lagi la!! Cukuplah buat untuk jamu family makan!

cupcakes - rak tu saya beli khas untuk letak cupcakes - dah lama saya beli - ingat nak buat untuk open house rumah saya tapi tak ada mood betul tahun ni nak buat open house

macam2 rupa ada

zoom sikit - yang warna oren tu kebanyakkannya saya yg buat, ibu buat warna biru, kakak Nadia buat warna pink

nasib baik teringat nak ambil gambar -  untuk kenangan & bukti!

kakak Nadia bukan main happy dapat decorate cupcakes

susun dulu kat atas meja malam tu!

semua bekas2 tu saya bawa dari rumah - bekas kek caler putih tu saya baru beli dari Parkson - semua ni saya beli untuk buat open house kat rumah saya - tapi dah malas nak buat tahun ni so rasmi kat rumah kakak dulu.

dessert yang saya buat - kek lapis tu saya buat masa raya haritu! ada jugak yang Makcik Ina bagi!
p/s:- rasa seronok pulak buat cupcakes & hiasannya! teringin pulak nak buat lagi sekali - nak mengasah skill menghias. dalam simpanan saya sekarang ada 8 butter, gula castor 7-8 bungkus & macam2 tepung ada. kalau  terasa nak membaking bila2 masa pun boleh buat pasal barang2 semua dah ada. soalnya sekarang malas ngan rajin aje he...he...

p/s:- teringin nak makan kek coklat pulak....dok terasa kesedapannya yum! yum! yum! (selalunya saya tak makan kek yang saya buat tapi kali ni termakan pulak kek coklat sampai 2-3 keping saya makan - nampak sangat sedapkan?? he..he...

p/s:- Yan sponsor carrot cake - pun mendapat sambutan jugak. sedap Yan buat! Yan dah pakar pasal dah banyak orang tempah kat dia! 

p/s:- buat adik Najwa, Wani & Mirah - kalau tengok ni jangan terliur yea!!!

1 comment:

NASI BARYANI SEDAAAAAP... said...

Sekarang dah boleh la terima tempahan... dah banyak kali cuba dah...
Kek coklat tu mmg sedap... buat smlm.. sbb nak bawak pegi umah mak uda, anak2 nak makan, x bagi lagi sbb ingat nak mkn sesama kat sana... last skali diorg cuma mkn yang lebihan dalam loyang jea... sbb x jadi g umah mak uda...
Cuma ibu n abah jea pegi... sbb kami dah kepenatan katering...