Friday, October 21, 2011

Alhamdulilah, dah selesai pun!

Alhamdulilah - dah selesai pun majlis Usrah semalam. Walaupun penat tapi rasa berbaloi sangat. Saya terfikir pulak nak buat Usrah ni sebulan sekali kat rumah saya. Lepas ni kalau nak buat - masak simple2 aje. Yang semalam tu saya masak 2-3 jenis pasal buat kenduri sekali. 

Suami yang banyak membantu saya semalam. Tugas dia yang paling saya hargai ialah perisi ikan untuk buat kuah laksa pasal masa tu saya dah tak larat sangat dah!!  Dan tugas "merasa" makanan jugak paling saya suka pasal semua makanan saya dia puji sedap! he..he.. Dan yang paling penting tugas dia yang satu ni iaitu bila saya minta duit nak beli barang2 untuk majlis nie - terus dia bagi aje! Yang tu paling pentingkan?? he..he.. Thanks again abang!!

suami yang tolong perisi ikan untuk buat laksa - masa nak ambik gambar ni dia tak mahu - dia kata "ha! tu nak tulis apa tu dalam blog" he..he.. Thank you abang pasal tolong sayang!

Cupcakes Butter & Pandan - saya rasa skil hiasan saya makin ada kemajuan - he..he.. perasan sorang2 kan? Saya ada banyak cupcakes palsu - untuk hiasan semata2 jadi mula2 ramai kawan2 saya ingat cupcakes saya ni palsu. Bila tahu cupcakes original, semua puji cantik & pandai saya buat he..he.. Saya tahu saya baru belajar jadi pujian tu memang bermakna bagi saya - walaupun tak secantik mana pun tapi sekurang-kurangnya penat saya buat tu sorang2 pagi2 buta berbaloi jugakkan pasal ada orang yang menghargainya.

Saya tahu banyak lagi orang yang pandai buat & hias lagi cantik - kalau tengok kat fb atau blog2 yang menjual tu  saya jadi teruja sangat. Saya teringin betul nak belajar buat cantik2 macam tu. Dekat Kemaman ni tak pasti ada ke tak. Kat Kuantan tu ada cuma nak pergi tu susah sikit. Saya berazam bulan 12 ni nak pergi belajar kat KL.





Puas jugak mikir macamana nak bagi luas & lapang untuk usrah pagi tu. Setelah fikir2 inilah yang saya buat. Alih semua perabut ke tepi. Kat rumah saya ni tikar besar tak ada.  Selalunya bila buat makan2 saya pinjam kawan punya tikar. Asyik terlupa aje nak beli - bila ada kenduri macam ni baru lah teringat. Semalam nak minta pinjam kawan punya rasa malu pulak he..he.. So saya pakai carpet yang ada ajelah. Lepas ni nak kena jugak beli tikar.

Suami yang tolong saya alihkan perabut2. Terima kasih ya abang! (walaupun tahu dia ni amat jarang2 sekali baca blog saya nie he..he..)




Sudut dessert saya. Semua ni saya buat sendiri - Kek Coklat 2 biji, Kek Karamel 3 biji & Vanilla/Pandan Cupcakes 130 biji. Saya dah mula buat semua ni hari Selasa . Buat sikit2 jadi tak lah penat sangat. 


kek coklat yang sentiasa mendapat sambutan - memang sedap kek ni!

kek lapis saya yang kurang menjadi - asyik geram aje bila tengok kek lapis nie - rasa fed up nak buat dah!!

kek karamel - saya pakai bekas 4 segi pasal senang nak potong, kalau bulat tu susah sikit nak potongkan? saya buat 3 biji,  habis 2 biji setengah, lagi setengah tu buat saya & anak2 

Masa tengah usrah tu malu pulak saya nak ambil gambar. Dahlah lama tak pergi usrahkan? he..he.. Bila dah habis usrah tu - bila tengah makan barulah saya ambil gambar, tu pun candid aje. Nak beriya2 ambil gambar rasa malu pulak kat Ustazah! he..he..




Tetamu last balik dalam pukul 4.45 macam tu. Saya dari pukul 4 pagi buat kerja - rasa letih sangat! Masa layan tetamu last tu mata dah layu sangat. Kepala macam terawang-awangan. Iyalah, sejak hari Selasa tu tidur  tak cukup. Macam tu lah bila nak buat majlis. Biasalah tu kan? Tak kan nak harap orang buatkan atau tolong kita kalau kita nak buat majlis apa2. Penat memang penat tapi adatlah tu! 

Sambung balik pasal tadi tu - Awatif balik pukul 5 petang pasal ada kelas tambahan - lepas ambil Awatif dari sekolah tu terus saya tidur. Cakap ngan anak2, Ummi nak tidur kejap aje tapi terbabas sampai pukul 8 malam. Suami balik pun saya tak sedar. Lepas bangun tu terus kemas rumah sampai pukul 12 lebih. Basuh2 periuk & panaskan lauk yang tak habis. Alhamdulilah, banyak makanan yang luak terutamanya kuah kacang.  Itulah yang saya takut2 sangat - kot2 tak sedap. Saya rasa kuah kacang tu yang mendapat sambutan pasal tinggal sikit aje. Pagi tadi saya & Awatif makan sarapan itu aje. Ada lagi sikit untuk makan tengahari. Awatif dok puji sedap! Suka Ummi dengar kalau Ummi masak anak2 suka makan.

dah kemas pun!!

dah basuh pun!

dah panaskan lauk2 & kemas wet kichen

saya masak pakai periuk besar tapi bila kemaskan dapur semalam - panaskan lauk2 tukar periuk kecil - tu tandanya makanan banyak yang luak - tak membazir lah kan??

Pagi2 tadi Ummi tidur, dia kejutkan kata dia lapar. "Adik lapar, nak makan laksa' - adik nie memang hantu laksa lah he..he.. Memang ikut Ummi sebijik!! So saya pun panaskanlah kuah laksa untuk dia - sarapan dia pagi nie! Laksa semangkuk penuh habis!!

bukan main dia marah kat Ummi bila  Ummi ambil gambar dia tengah makan laksa tadi!

5 comments:

ikatankasihku said...

kak fizin, mmg ternanti2 n3 kak fizin ni..
teruja tgk gambar2 ni semua....cantik nyer rumah akak..tabik spring kat akak yg rajin...

syukur semuanya dah selesai..

hubby akak tau jer akak nak update blog..hahahaha..

nak buat macamne kak..nama pon blogger, apa2 pon mesti nak tepek kat blog kan3.....

bidadarindu said...

Tu x sedap tu,habis...kalau kak min kata masak sedap,rasanya ustazah mintak tapau bawak balik...he he he..

tok sah ambik pot org kata apa..manusia nie kadang2 perlukan kritikan membina untuk jadi lebih berjaya...kalau x cakap ari tu,syok sendiri je perasan mcm sedap...tapi bila dah tahu masak x sedap,mesti ada inisiatif utk buat jadi lebih sedap kan...

so dah terbukti la sedap sbb makanan abis...hu hu..

p/s : rasanya sedap sbb air tangan abg lan dok perisi ikan tu la...hu hu..

Kaz said...

Memang ina tabik habislah kat Fizin ni, bukan calang2 orang boleh masak dan prepare semua utk jamuan tu sorang2. Cupcakes Fizin pun cantik2. Karamel kek sampai 4 biji???? Ina nak buat satu pun tak terbuat lagi. Fizin boleh share tak resepi kek coklat tu, nak try resepi Fizin pula. Ina selalu buat chocolate cake guna resepi lain2, npk chocolate cake Fizin tu sedap sgt.
Apapun, tahniah Fizin. So silap besarlah Kak Min bila dia kata "hang masak bukan sedap pun", hehe.

NASI BARYANI SEDAAAAAP... said...

Alhamdulillah.. tahniah.. berjaya jugak...
Lps ni nak kena buat usrah selalu, barula seronok anak2 kak sayang sbb 'umi masak sedap...'
Pastu abg Lan x boleh la complaint lagi....

yan ni tgh pening nak buat ape utk besday Cinta pulak....

Hafidzin said...

Ikin - terima kasih - tak tahu rasa apa masakan yang kakfizin masak tu sebenarnya he..he..

Hubby kakfizin jarang sangat2 baca blog kakfizin nie! tapi dia tahu lah apa2 cerita semua nak masukkan dlm blog he..he..

Bidadarindu - sebelum ni pun tugas abang Lan memang perisi ikan he..he..

Untuk pengetahuan Bidadarindu memang Ustazah tapau kek2 tu bawa balik ya he..he..

Ina - Kek Karamel tu fizin buat 3 biji aje. Nanti fizin sharekan resepi kek coklat tu kat sini ya!

Yan - dah suami chef - tak payahlah nak pening kepala fikir pasal menu besday cinta!kan??kan?? he..he..