Saturday, September 24, 2011

khasiat buah delima

Sejak buah delima ni bermusim balik - hampir tiap2 hari saya & Awatif makan. Pagi sebiji, malam sebiji. Mula2 makan bukan kerana khasiatnya tetapi kerana suka rasanya. Tapi bila dah tahu khasiatnya - maka buah delima ni sentiasa ada kat rumah. Mungkin kerana musimnya baru bermula - harganya agak mahal. 3 biji untuk rm10, kalau beli rm20 dapat 7 biji. Tapi kalau beli kat pasar malam - rm10 untuk 8 biji.

Saya rasa saya dah mula ketagih - tiap2 pagi mesti nak kena makan buah ni! Bila dapat tahu buah ni dapat menurunkan berat badan - maka lagilah saya suka!!

Mari kita tengok khasiat buah delima ni ya - saya ambil dari mana tak ingat :-

Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah, kecokelatan atau agak ungu. Isi buahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.

Delima (punica granatum) adalah tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Namun ia sudah tersebar di daerah Mediteranian. Kebelakangan ini juga sudah mudah ditemui di Asia Tenggara dan RRC bagian selatan. Tanaman ini mudah tumbuh di hampir semua iklim, namun subur di dataran rendah sampai ketinggian 1.000 m dari paras laut. Walaupun tak terlalu memilih, tapi delima boleh tumbuh subur di tanah gembur kering.

Terdapat tiga jenis delima, delima putih, delima merah dan delima ungu. Namun yang paling dikenal sebagai ubat adalah delima merah. Sejak dulu, delima memang sudah dimanfaatkan sebagai makanan yang kadang kadang diolah menjadi minuman segar. Tak jarang pula diolah menjadi ubat penyembuh pelbagai penyakit. Seluruh bahagian tumbuhan delima ini boleh dimanfaatkan sebagai ubat. Mulai dari kulit kayu, kulit akar, kulit buah, daun, biji dan bunganya. Untuk penggunaan kulit akar, biasanya dikeringkan dahulu. Sementara pengolahan kulit buah boleh digunakan secara segar atau setelah dikeringkan.

Khasiat delima ini memang luar biasa banyaknya. Kulit buah digunakan untuk pengubatan sakit perut kerana cacingan, buang air besar mengandung darah dan lendir (disentri), diarea kronis, perdarahan seperti buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, perdarahan rahim, perdarahan rektum, prolaps rektum, radang tenggorok, radang telinga, keputihan (leukorea) dan nyeri lambung.

Kulit akar dan kulit kayu digunakan untuk cacingan, terutama cacing pita(taeniasis), batuk, diarea. Bunga digunakan untuk penyembuhan radang gusi, perdarahan dan bronkhitis.

Buahnya boleh juga dimanfaatkan suntuk menurun berat badan, cacingan, sariawan, tenggorokan sakit, suara parau, tekanan darah tinggi , sering kencing, rematik (artritis), perut kembung. Biji-bijinya juga dipakai sebagai ubat penurun demam, batuk, keracunan dan cacingan.

Berdasarkan penelitian, kulit akarnya yang banyak menyimpan senyawa- senyawa alkaloid, antara lain pelletierin. Senyawa ini berguna untuk pengubatan cacingan. Sementara tumbukan buah atau seduhannya berguna untuk menghentikan cirit birit atau disentri. Air rebusan bunganya boleh dijadikan alternatif pereda sakit gigi.

Selain alkaloid, dalam kulit akar, kulit batang dan buah, terkandung zat penyamak. Zat ini berkhasiat untuk mengecilkan puri-puri, antiseptik dan hemostatik yang baik untuk keputihan.

Jus buah delima pula dipercayai mampu mengurangkan penyakit jantung dan penumpukan lemak. Percubaan sudah dilakukan pada tikus-tikus lab. Selain itu, delima mengandung antioksidan yang luar biasa tinggi. Kerana itu, ia juga boleh dimanfaatkan untuk menangkis serangan radikal bebas.

Segelas jus buahde lim a mengandung asam citric, asam malat, glukosa,fruktosa, maltosa, vitamin A dan C, mineral (kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, natrium dan kalium) dan tanin. Manfaat lain, kerana kandungan alkaloid pelletierine sangat toksik dan menyebabkan kelumpuhan cacing pita, cacing gelang dan cacing kremi. Kulit buah dan kulit kayu juga astringen kuat sehingga digunakan untuk pengubatan diarea.

Membuat jus delima sangat mudah. Tinggal belah dan ambil bahagian biji yang bdibungkus daging berselaput. Masukkan isi buah dan biji ini ke dalam juicer atau alat pembuat jus. Setelah itu tapis dan jus delima segar siap diminum. Satu buah delima ukuran sedang boleh menghasilkan setengah gelas jus.

Seandainya Anda ingin menyimpan jus untuk pemakaian jangka panjang, boleh disimpan dengan proses tertentu. Caranya, jus dibekukan dan disimpan dalam wadah kedap udara. Jus boleh disimpan di dalam peti ais dan boleh bertahan sampai beberapa minggu.

p/s:- berat saya dah turun sikit - 53kg - nak kena gigihkan lagi usaha!!

1 comment:

jusdelima said...

rahsia buah delima...3 kali disebut dalam quran
http://jusdelima83.blogspot.com/