Friday, September 9, 2011

raya pertama

Dah hampir seminggu raya tapi sekarang ni baru ada peluang nak update. Sekarang ni saya ada dirumah Uda. Petang ni baru suami habis kerja. Dia akan ambil saya & anak2 di rumah Uda kemudian kami akan ke rumah mertua. Tidur sana semalam, esok pagi2 baru akan bertolak ke KL. Di KL singgah kejap umah kakak hantar Balqish & ambil barang2 saya. Rehat sejam dua pastu baru bertolak balik ke Kemaman.

Raya tahun ni giliran saya & kakak beraya di rumah mertua. Saya agak bertuah pasal rumah mertua dekat aje - tak sampai 10-15 minit dah sampai.  Seperti biasanya kalau giliran saya dirumah mertua, lepas sembahyang raya saya & semua family suami akan ke rumah saya. Lepas makan2, salam2 baru kami akan ke rumah mertua balik.

Masa saya sampai, seisi bersalam & bergambar belum dimulakan lagi. Sibuk sangat masak agaknya itu yang buat seisi bersalam lambat dimulakan. So masa seisi bersalam tu saya pun joinlah sekali. Rasanya macam beraya kat rumah pulak he..he.. Teringat pulak time tu kakak sekeluarga tak ada! Tu lah - sapa suruh kahwin ngan orang jauh? he..he.. Kalau ikutkan taklah jauh sangat pun - setakat Lahar Yooi tu pejam mata dah boleh sampai kan?

Menu raya kami pada tahun ini Lontong (kuah lodeh, ayam masak merah, rendang daging pedas & sambal goreng), laksa Johor & laksa Penang.  

Jom kita layan ajelah gambar2 ni ya :- (tak ada mood lagi nak bercerita panjang2)


































p/s:- terima kasih pada Ina & family kerana sudi datang. Jugak pada Atie sekeluarga.

1 comment:

bidadarindu said...

mana gambar kami nie...satu pun x dek...x aci...hu hu..