Wednesday, September 7, 2011

kisah hari Ahad & Isnin

Nak cerita pasal raya tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Bila dah balik rumah nanti baru kita cerita panjang2 ya! Sekarang ni saya nak bercerita kisah hari Ahad & semalam. Sebelum tu nak bagitahu sekarang ni saya berada di Sungai Petani - kat hotel Swiss In. Saja nak duduk dekat dengan suami, maklumlah masa bulan puasa tu kan duduk berjauhan he..he..

Tapi kan tak ada maknanya pasal tengah malam baru dia balik sampai anak2 dok bising tak dapat jumpa Walid. Iyalah - pukul 7 pagi keluar anak2 masih tidur, balik pulak pukul 11-12 malam, time tu pun anak2 dah tidur. Tadi masa adik cal suami - adik siap pesan "nanti Walid balik awal, cakap ngan boss Walid - adik nak jumpa Walid".Dah macam Perdana Menteri pulak Walid kan? Sibuk sampai anak2 nak jumpa pun susah he..he..

Mari saya cerita kisah hari Ahad lepas ya! Hari tu saya dah plan ngan Uda & Makteh nak ikut mereka pergi hantar Wani & Mira kat Perlis pastu nak singgah Padang Besar. Uda, Makteh & Maksu, Sabtu tu dah tidur sana. So saya akan bertolak dari rumah mertua pada pagi Ahad tu. Tapi saya terlupa bapa mertua ajak pergi kenduri hari tu. Katanya masa kenduri kawin kami dulu dia sekeluarga datang. So bila dah diajak kenalah pergi. Dalam perjalanan ke rumah kenduri tu barulah saya tahu yang dia yang dimaksudkan tu ialah orang Cina. Kenduri tu dibuat di dewan khas untuk orang Melayu. Kiranya kenduri 1Malaysia lah! India ada, Cina ada, Melayu pun ada sama2!

Balik aje dari kenduri terus siap2 nak pergi Perlis. Bertolak dari rumah mertua dalam pukul 12 lebih. Sampai Padang Besar dalam pukul 4 petang gara2 jem, hujan & sesat jalan. Uda, Maksu & Makteh dah puas shopping keliling Padang Besar tu - yang saya pulak baru terhegeh2 sampai! Tak sempat  bergeder2 shopping ngan mereka pasal dah lambat. Saya tak ikut mereka balik tapi saya tak ada mood nak pusing2 Padang Besar tu lagi pasal shopping sorang2 nie tak best!

Saya cuma beli pulut susu, kain basah (jangan tak tahu kain basah pun ada jual - terlupa betul nak belikan untuk rumah baru kakak), bakul hiasan dan selimut untuk Awatif.

Jom kita tengok gambar2 - ntah mana silapnya masa mula tu turutan dia ok tapi tiba2 aje dia jadi lain - layan ajelah ya:-

Ni masa kat umah mertua
Ni masa stop kejap kat ntah lupa pulak nama tempat nie tapi kat area Perlis lah jugak
Masa ni tengah pusing2 kat Kuala Perlis - nak cari kedai Laksa Kuala Perlis yang kami pergi 2-3 tahun lepas. Jumpa kedai tu tapi tak ada rezeki kami, kedai tu tutup!
Awatif yang makin bergaya Umi tengok he..he..
kat dalam bilik hotel - masa ni baru sampai dari Perlis, letih sangat2! Awatif & Balqish berposing dengan selimut baru beli. Eh! lupa nak bagitahu Balqish pun ada sekali - sibuk aje nak ikut he..he..tambahlah kos makan lagi sorang he..he..
Hari Isnin - brekafast cum lunch - malas nak keluar, order aje dari bilik, nasi goreng Petani & bihun Singapore. Sedap pulak sampai tak cukup!
Dah lama teringin nak rasa Radix Fried Chicken ni - bila pusing2 semalam terjumpa kedai nie - so terus ajelah masuk! Kedai luas & nampak hebat tapi servicenya amat slow! Rasanya macam ayam KFC jugak kot!
Gambar2 diambil kat Padang Besar - yang paling banyak shopping pada hari itu rasanya Maksu kot! sampai penuh bonet kereta!
Lastly gambar kami sekeluarga - warna pink memang sweetkan??

1 comment:

bidadarindu said...

shopping2 tu x best sangat...tang radix fc tu yang teringin sangat nak makan dari dulu....bila la boleh dapat agaknya...