Sunday, September 25, 2011

kepala berdarah lagi

Adik buat Umi terkejut lagi hari ini!!! Pagi tadi masa tengah bergosip ngan Uda melalui telefon rumah, suami cal hp saya bagitahu cikgu sekolah cal suami cakap adik berdarah kepala - cikgu dah bawa pergi Hospital. Dengar2 tu saya dah ketar - terus siap2 mandi tunggu suami balik. Suami keluar servis kereta waktu cikgu cal tu.

Mandi pun syarat aje - janji badan kena air - dalam kepala masa tu macam2 fikir. Bila suami balik aje terus keluar. Masa cal Kak Ina minta no. telefon cikgu kelas adik tu saya dah nangis. Saya fikir kalau tak teruk takkan cikgu nak bawa pergi Hospital. Masa mula2 tu cikgu bagitahu suami nak bawa pergi Klinik biasa aje. Sepanjang jalan saya dah meraung nangis dah! 

Dalam 10 minit perjalanan tu cikgu cal bagitahu adik ada kat Klinik Kesihatan Kuala Kemaman. Kami pun patah balik pergi Klinik Kesihatan tu. Bila dengar cikgu kata adik tak ada apa2 barulah rasa lega sangat2.  Cikgu pun panik tengok darah keluar banyak jadi nak pergi Hospital jauh so mereka pergi Klinik yang terdekat. Tengok muka cikgu pun tahu cikgu tu terkejut & panik.

Bila sampai Klinik tu tengok adik, saya dah macam nak nangis tapi tahan aje pasal malu plak kat cikgu ngan orang ramai kat situ. Adik time tu pucat sikit tapi dia dah berhenti nangis. Hari ini sekolah Al Amin buat jamuan raya. Masa kejadian tu cikgu2 tengah sibuk arrangekan makanan. Kawan adik tolak adik - dia jatuh kemudian kepala dia terhentak tiang bola jaring. Luka tak teruk sangat tapi pasal kat kepala - itu yang buat darah banyak keluar. Mula2 doktor kata kena jahit, kemudian bila tak ada ibu bapa, doktor tak berani nak jahit. Bila saya sampai darah dah tak keluar pasal dah letakkan gam.

Untuk kepastian adik tak ada apa2, doktor suruh buat x ray kat Hospital Kemaman. Sebelum balik tu cikgu minta maaf banyak2. Saya pun tak ada apa2 perasaan nak marah ke apa pasal tahu keadaan macamana. Budak2 ramai, cikgu tak boleh nak kawal sorang2.  Saya faham . Dalam hati tak ada ingat apa2 pun malah berterima kasih sangat pada cikgu2 tu pasal bawa adik cepat2 ke Klinik.

Lepas balik dari Klinik Kesihatan Kuala Kemaman tu terus pergi Hospital Kemaman pulak. Nak tunggu x-ray tu mujur kejap aje pasal borang2 semua dah Doktor Klinik Kesihatan isi & sign. Cuma nak x ray aje. Masa kami sampai kat Kecemasan tu orang punya ramailah! Macam2 kes ada. Masa tengah menunggu tu saya sempat bersembang ngan orang sebelah. Dia kata dia tunggu dari pukul 7.30 pagi. Masa saya bawa adik x ray tu dalam pukul 12 tengahari dia dok kat luar lagi.




p/s:- lepas ni nak kena bawa adik pergi Klinik biasa pasal kepala adik berdarah lagi. Nak minta Doktor letakkan gam kalau tak jahit pun. Masa kat Hospital tadi darah tak keluar. Sekarang ni darah dok mengalir aje. waktu menaip ni kaki tangan saya masih mengigil! 

3 comments:

rositahmdzain said...

tu la adik dok x diam sgt. cikgu bz wat keja depa sibuk dok main tolak2. tp kesian la jgk..:-(

rositahmdzain said...

tu la adik dok x diam sgt. cikgu bz wat keja depa sibuk dok main tolak2. tp kesian la jgk..:-(

bidadarindu said...

last week kat skolah danish pun berdarah gak kepala.budak2 main tolak2...x sengaja pun...yan yg bawak budak tu gi klinik sbb cikgu dah ketar x tau nak buat apa..kebetulan yan datang nak ambik danish..

yang bestnya budak tu rileks jek...x nangis pun..yang best pulak,esoknya bapak budak yang luka kepala tu gi marah budak yang x sengaja tolak tu...cikgu kata kesian budak tu,hari tu dia muram je sepanjang hari...

p/s : adik cepat sembuh tau...ajak walid pindah kl la..he he..