Monday, September 5, 2011

cerita sebelum raya

Nak cerita sikit tentang kisah sebelum raya. Saya & kakak sampai kampung hari Sabtu - sampai dalam pukul 3 petang. Bila sampai rumah tu tengok rumah dah bersih sikit kerana pagi tu Uda & Farah datang menyapu. Lagipun kuranglah kotor tu pasal bulan 5 haritu dah teruk kemas. Kalau tak balik kampung masa bulan 5 tu memang pengsan lah nak mengemasnya. Ibu kata mungkin dah tak larat nak masak dah! Memang pun! Kalau fikir balik masa balik rumah bulan 5 tu, adoi!!

Sehari sebelum tu saya & Uda dok sibuk basuh ayam tapi terlupa nak ambil gambar. Masa sibuk2 masak hari Isnin tu baru teringat nak ambil gambar. Uda kata tak acilah gambar Uda masa buat kerja tak ada he..he.. Tak apa Uda, gambar tak ada tapi nama Uda ada! he..he..

Menu raya kami tahun ni lontong (ayam masak merah, kuah lodeh, sambal goreng & rendang daging), laksa Penang & Laksa Johor. Jenuh nak membasuh ayam 25 ekor, daging 6 kilo, daging cincang 5 kilo & udang 10 kilo. Sebahagian tu habis untuk anak2, cucu2 & cicit2 Hajah Saodah aje!


p/s:- sebenarnya saya action aje yang lebih he..he..kerja saya buat kek aje sampai tak tidur malam! masak2 nie saya tak masuk campur sangat!

3 comments:

bidadarindu said...

x nampak pun abang lan ngan abang li..yong simpan menantu dia kat umah ye..

oohh mungkin abg lan tengah mesin rumput2 yang panjang kat luar tu...hu hu..

Kaz said...

Macam nak buat kenduri ya Fizin.

Bidadarindu tu sibuk je nak tanya mana abg li dgn lan. Yg dia tu pun tak nampak, sengaja balik lambat ya????

ikatankasihku said...

25 ekor ayam kak..huih byk tu....naik kembang2la jari jemari duk main air jer..hehehe