Sunday, September 18, 2011

cerita 3 syawal

Bercinta sungguh lah nak update cerita raya tahun nie!! Tahun ni macam tak banyak sangat benda nak cerita pasal raya macam kejap sangat! Hari Selasa raya, hari Sabtu ramai yang dah balik. 

Raya ke 3 mulanya nak pergi rumah Pak Long kat Alor Setar & rumah Pak Tam kat Sungai Petani tapi  bila cal mereka dah keluar beraya pulak. Silapnya tak cal bagitahu awal2 - dah keluar rumah baru nak cal.  So bila dah keluar rumah, siap2 cantik2 takkan nak patah balik rumah kan? Plan pastu nak pergi Penang tapi Abang Eky cal kata jalan jem pulak! Nak pergi mana lepas tu dah tak tahu! Cal uda tanya uda kat mana - uda kata uda nak pergi open house kat Juru - kami pun ikutlah uda sekali. Muka tak malu pergi open house padahal tak kenal tuan rumah he..he.. Itulah gara2 tak ada tempat yang nak dituju!!

Lepas makan2 kat open house yang tak tak dikenali (uda & Pak Uda kenal lah tuan rumah tu) - Uda kata nak pergi Taiping so kami pun on ajelah! Sepanjang jalan saya lena tak sedar dunia (gara2 makan ubat selsema) - sampai2 kat rumah tak ingatlah rumah sapa tapi adik beradik Pak Uda - saya tanya Farah "kita kat Taiping ke" - pastu Farah gelak - rupanya time tu kami kat Sungai Acheh aje he..he.. Tidur punya pasal!









p/s:- ayat berserabut pasal tak ada idea nak mengarang lagipun sekarang nie tak ada mood sangat2!!

No comments: