Wednesday, September 14, 2011

cerita 2 syawal

Ha! barulah ada masa nak update blog. Sejak dua menjak ni dok sibuk lah ngan drama Korea. Rumah bersepah macam tongkang pecah tak dipedulikan langsung! Amboi! sakan no! Nasib baiklah suami tak bising2!

Bukannya apa - yang dok hadap drama Korea tu bukannya saja2 - he..he.. - Yang betulnya nak balas dendam sebulan tak tengok.  Dok KL tu jangan haraplah boleh nak buka channel 391 tu! Bukan nak kata boleh tukar channel - nak pegang remote tu pun rasa payah yang amat sangat he..he.. Jangan marah no ibu kalau baca statement nie he..he..

Mai nak cerita pasal raya kedua saya nie ya! Tema raya ke 2 tahun ni adalah pilihan adik Najwa iaitu hijau. Kain cotton tu saya dah beli awal2 kat Harisson KL. Hijau polkodot  tapi anak2 Uda kata kain kami anak beranak tak nampak hijau sangat! Kain tu ibu yang pilih. Saja aje nak tukar angin - asyik2 bunga bunga aje, boringlah jugakkan?

Sambung balik pada cerita raya ke 2 tu - saya sekeluarga awal2 pagi dah siap kat rumah mertua. Mula2 ibu kata tak jadi keluar pasal mak tak larat, kubur pun tak jadi pergi. Tapi bila saya sampai kat rumah ibu - plan keluar & pergi kubur jadi pulak! Mak pun nak ikut sekali. 

Setiap tahun kami sampai kat kubur tu tepat2 pukul 12 tengahari - memang panas terlampau! Tiap2 tahun asyik cakap  benda yang sama iaitu "tahun depan kita mai pagi2 lah" tapi setiap kali tulah kami mai time matahari betul2 tegak kat kepala he..he.. Tahun ni pun cakap skrip yang sama jugak - hasilnya kita tengoklah tahun depan macamana! Yang lebih tak tahan tu setiap tahun bila pergi kubur mesti 2 hero kecil tu tanya "ni kubur sape nie?" - Jenuh nak menjawap ni kubur Walid Umi & Ami! Setiap tahun asyik2 skrip yang sama aje! Si kakak2 tu dah faham! Yang si adik2 ni tak faham2! Tengok tahun depan macamana - depa nak tanya lagi ke tak? he...he..

Tahun ni lain sikit perancangan kami pasal emak ikut. Sejak mak sakit tu kami tak berani nak tinggal mak kat rumah. Mula tu memang mak tak mau ikut tapi anak2 mak paksa! Cucu2 mak tak ada kuasa sangat nak paksa pasal kalau mak cakap NO tu - NO lah jawapnya! Bila mak dah ikut nie - adalah syaratnya iaitu setiap rumah yang kami pergi tu tak boleh duduk lama2!

Saya & ibu keluar rumah dulu pasal nak pergi kubur. Kakak dari rumah mertua dia - saya pun dari rumah mertua jugak tapi singgah rumah dulu pasal nak ambil ibu. Janji jumpa kat kubur. Bila dah selesai semua - kami pun pergi rumah tok & bapa Abang Lee. Rumah tok tu kami dijamu ketupat - kat rumah bapa Abang Lee jamu laksa buyung.

Lepas tu pergi rumah Maksu Dah. Lepas makan2 kami teruskan perjalanan ke rumah Makndak Milah & Makjang Johara. Yang ikut saya, kakak & Maksu aje - yang lain2 tu balik rumah pasal mak nak balik. Tapi sebelum tu rasanya mak nak pergi rumah kawan mak kot!

Bila sampai rumah tengok2 rombongan Sg Merap dah ada! Adik & Robin dari tengahari tu dok sibuk nak balik awal pasal Muqri nak balik! Bila dah berjumpa tu bukan main lah! Tak ingat dunia dah kan?

gadis pingitan desa he..he..

hero Umi & Walid

Awatif & Areej

abaikan keadaan saya yang macam pregnant tu ya!! sungguh ku tak melarat nak menjawap pertanyaan sedara mara yang bertanya "hai! ada isi ke?" - wahai semua, perut ku memang ada isi tapi isi lemak ya!

kenapa muka ibu tu he..he.. tak perasan pulak!

kami yang kehijauan

serius benar nampaknya perbincangan ibu & makteh

jom! kita bergambar lagi!

puak2 lelaki

mak ikut beraya tahun nie!

bapa2 tengah menjamu selera

keadaan rumah Maksu Dah diluar

saya yang happy pasal perut kenyang he..he..
Ada banyak lagi gambar2 pada raya ke2 tu sebenarnya tapi tiba2 buat hal pulak tak boleh nak upload! Geram betul kan?  Baru ada semangat nak update blog - jadi pulak macam nie! Sapa geram angkat tangan! Sebelum saya bertambah geram - baiklah melayan Youtube lagu2 Korea nie!

1 comment:

ikatankasihku said...

hijau semuanya, baik laki perempuan..mmg namapak sepakat semuanya..