Thursday, September 15, 2011

beraya di Kerteh

Sebelum sambung pada cerita raya saya nak selitkan sikit cerita pasal semalam saya & adik beraya di Kerteh. Adik cuti 3 hari mulai dari hari Selasa hingga Khamis pasal UPSR. Awatif sekolah macam biasa. Kalau pergi sorang2 suami tak bagi. Nak ajak Norly takut dia tak selesa. So bila adik cuti  bolehlah bawa dia sebagai peneman pergi jumpa kawan2 & jiran2 lama di Kerteh. 

Mula2 pergi rumah Asmah - rasanya dah hampir 2@3 tahun tak jumpa dia. Tak sempat sangat nak sembang panjang2 pasal kejar masa - nak pergi rumah kawan lain pulak, pastu nak kena pergi Mesra Mall lagi - berjanji ngan budak peneman tu nak beli kereta kontrol.

Lepas pergi rumah Asmah, pergi pulak rumah Lina. Tengok baby baru sambil beraya. Masih dalam pantang lagi, 41 hari!. Tengok baby rasa teringin la pulak! Dukung kejap ambil berkat he..he..

Lepas sembang sikit2 - balik! Si budak peneman tu asyik dok gaduh nak balik. Selagi tak beli kereta kontrol tu pujuk apa pun dah tak jalan! Nak sembang pun tak senang pasal dia dok melekat kat atas riba sambil mulut non stop ajak balik.

bergambar ngan Asmah - Asmah makin berisi sikit pasal ada ambil ubat gemuk - yang saya pulak memang dari dulu tak kurus2 - kalau ambil ubat gemuk entah macamana la kan?? he..he..

bergambar dengan baby ke 4 Lina - namanya Hannah

Lina ngan anak2nya - Harris yang sebaya ngan adik tak ada - pergi sekolah! Harris anak yang sulung - Lina ni memang buat perancangan bila dia nak pregnant - setiap anak2 dia beza 2 tahun! Dia nak anak 5 orang so kena lahirkan sorang lagi  dalam masa 2 tahun! Memang tabik betul ngan dia! Tengok cara dia uruskan anak2 dia senang aje! Yang saya ni anak 2 pun dah kelam kabut! Yang betulnya saya ni pemalas kot! he..he..

pipi yang makin bulat - bukan pipi baby tetapi pipi orang sebelah tu he..he..Bilalah nak kurus balik nie???
p/s:- yang jadi jurugambar pada hari itu ialah budak peneman saya!!

1 comment:

ikatankasihku said...

kak fizin, kulit kak fizin nampak makin cerah lah, ni gambar terbaru kan...