Tuesday, September 27, 2011

adik demam

Hari ini ngan semalam adik tak pergi sekolah. Dia demam gara2 kes luka kepala tu. Sebenarnya luka tu tak teruk sangat tapi mungkin pasal dia terkejut atau pasal kena cucuk untuk kancing gigi pasal besi yang kena kepala adik tu dah berkarat. 

Sejak hari Ahad malam tu adik banyak diam aje. Dia cakap dia sakit kepala & pening kepala. Saya risau jugak tapi tengok keadaan dia ok cuma dia banyak diam aje. Doktor kata kalau dia muntah atau badan dia lembik baru bawa dia pergi Hospital.  Semalam pun dia banyak tidur aje.  Merap aje sepanjang hari. Saya nak buat apa pun tak boleh. Nak kena duduk sebelah dia aje.  Semalam dia nak makan pizza - saya order aje. Dia makan lah sekeping. Pastu tak nak makan dah. Pukul 8 malam kami anak beranak dah tidur. Pukul 10 malam ibu cal nak tanya keadaan adik barulah saya terjaga. Pastu tak boleh nak tidur dah. Sambil layan drama Korea semalam sambil tengok adik. Pukul 12 malam dia macam mengigau - tengok2 badan dia panas sangat. Kejut dia kemudian bagi makan ubat. Pastu dia tidur sampailah pagi  ni. Hari ni tengok dia dah ok. Dah cakap kuat! He..he.. Bukan main dia mengorder macam2 ngan Umi hari ini. 

Bila Awatif balik dari sekolah semalam baru tahu kisahnya. Cerita yang betulnya kepala adik tu luka bukan terkena besi tiang bola jaring tetapi ada besi tigasegi yang tajam dan berat jatuh atas kepala adik. Bila dengar tu memang rasa gerun sangat. Mujurlah terkena sikit aje. Bila ingat balik rasa seriau aje! 

Tadi Maiza cal saya bertanyakan tentang adik. Anak Maiza, Danial sebaya ngan Awatif. Dia kata dia memang nampak besi yang jatuh atas kepala adik tu. Memang tajam & berat. Dia ingat adik luka teruk pasal tengok keadaan besi tu. Bila ingat balik rasa bersyukur sangat2 luka adik tu tak teruk. Alhamdulilah, Tuhan lindungi adik dari mendapat luka yang serius. Rasa bersyukur sangat2!!! Terima kasih ya Allah!!!

Saya tak tahu kisah sebenarnya yang terjadi - kawan tolak tu memang betul tapi tak tahu sepenuhnya cerita. Cikgu pun sebenarnya tak tahu besi tu jatuh atas kepala adik. Yang cikgu tahu kepala adik terkena besi tiang bola jaring aje. Saya pun tak nak kecoh2 - faham keadaan macamana. Cuma saya pesan kat adik jangan dah main kat kawasan yang berbahaya macam tu.

p/s:- patutlah masa doktor kat Hospital Kemaman periksa luka adik tu macam tak percaya kepala adik kena tiang besi pasal dia kata kedudukan luka tak betul! luka adik tu betul2 kat tengah kepala - memang keadaan luka tu sepadan  ngan benda jatuh atas kepala.

2 comments:

ikatankasihku said...

dia terkejutla tu kak..cian adik

bidadarindu said...

Minggu nie turun la umah Semenyih,ada makan2 bila jumpa geng,mesti semua sakit akan sembuh...he he he...