Friday, August 5, 2011

sahur terbabas!

Pagi tadi sahur tebabas! Sedar2 dah pukul 6! Alarm hp tak bunyi pasal hp habis bateri! Kesian kat suami & Awatif yang berpuasa hari ini tanpa sahur! Kalau ikutkan suami tak boleh perut kosong pasal nanti dia akan sakit perut! Awatif pulak tak pernah dia puasa tanpa sahur! Takut jugak nanti dia tunjuk protes dahaga & lapar! Tapi saya dah cakap ngan dia, kalau rasa tak tahan sangat, dia boleh berbuka! Tapi rasanya dia boleh tahan kot pasal dah besarkan? Yang si adik tu memang alasan dia tak nak puasa la hari ini he..he.. Hari ini memang saya nak suruh dia berpuasa pasal cuti sekolah! Tapi dah sahur tak bangun - macamana dia nak puasa kan?

Yang saya takut sangat nak paksa anak2 berpuasa sebabnya masa saya kecil2 dulu, arwah Tok Wan ada datang rumah saya cerita kat ibu & mak. Ada seorang budak nie dalam umur 7-10 tahun (tak ingat sangat umur berapa) - dia dok merengek nak buka puasa kat emak dia tapi emak dia tak bagi. Mak dia suruh dia tidur. So budak ni pun tidur. Bila time nak berbuka tu mak dia kejutkan dia, tapi dia tak bangun2! Rupa-rupanya budak tu dah meninggal! Sejak dengar kisah nie, ibu & mak dah tak paksa saya & kakak puasa. Tapi kami puasa la jugak walaupun tak kena paksa, kan dah besar? Malu lah kalau tak puasakan?

Tahun lepas bila pergi rumah Kak Wa ambil kuih raya - Kak Wa pun ada cerita kisah yang lebih kurang sama pada saya. Terjadi pada anak kawan Kak Wa sendiri. Budak tu umur 10 tahun. Cerita lebih kurang macam tadi la, anak nak berbuka tapi mak tak kasi! Mak suruh tidur - tidur2 terus meninggal! Bila check, Dr kata badan tak ada air! Itu puncanya budak tu meninggal!

Bila dengar cerita2 macam ni memang buat kita takutkan? Dalam takut2 tu kita jadikan kisah ni sebagai pengajaran suapaya kita lebih berhati2.  Lepas dengar cerita dari Kak Wa tahun lepas, bila masa sahur saya akan pastikan Awatif minum air kosong 2 cawan. Lepas tu kalau nak minum susu ke apa ke dah tak apa dah! Kalau waktu berbuka kalau dia nak minum air banyak2 pun saya tak kisah!

Masa kejadian Aisy puasa pada hari pertama tu - saya rasa takut2 jugak tetapi pasal sayangkan puasa tu saya tetap jugak paksa dia puasa. Bila dah muka dia pucat lesi baru rasa menyesal! Malam tu dia cakap dengan saya "nasib baik adik hidup, nasib adik tak pengsan" - bila dengar dia cakap macam tu, saya rasa ketar sangat! Lepas ni memang tak mau dah paksa2! 

Masa Awatif sebaya ngan adik (7 tahun), dia dapat puasa penuh sebulan. Memang senang la ajar dia puasa tak macam nak ajar adik sekarang nie! Pasal anak lelaki kot kan? Anak perempuan ni senang nak ikut! Memang banyak perbezaan antara adik & Awatif!

p/s:- Happpy Birthday untuk Bidadarindu! Umur tambah setahun lagi ya!!

2 comments:

ikatankasihku said...

kak, fizin, samalah dgn syikin ari ni,terbabas. hset setting salah date,patutlah alarm pun tak bunyik..yaya puasa jgk , kesian dia..ptg nanti mesti merengek2 lapar...

memang letih kan bulan puasa ni, tu yg terbabas tuh..jadikan pengajaran, set jam loceng yg bunyik kuat punyer, kalau kita tak bgn jugak, tak taulah..hehehe

Kaz said...

Gerun ina rasa bila baca cerita Fizin ni. Ina pun dah tak memaksa Wildan puasa. Tak sanggup rasanya jika terjadi apa2 pd dia.