Thursday, August 4, 2011

make your own bed, fix your own breakfast!


Masa ibu datang rumah hari tu - ibu tertarik dengan benda nie! Saya bagitahu ibu sepatutnya benda nie kena letak kat rumah kampung. Memang sesuai sangat tambah2 bila semua berkumpul time raya nie he..he..

Yang buat ibu sangat tertarik ialah ayat2 ini "MAKE YOUR OWN BED, FIX YOUR OWN BREAKFAST". So pada kaum kerabat yang selalu baca blog saya nie - faham2 ajelah ya he..he..

Lagi satu untuk sanak saudara semua - raya tahun ni minta semua bawa balik sendiri cadar, sarung bantal, tuala, selimut & baju2 rumah. Ini adalah kerana ibu & mak kena ikut Kak Min balik KL pada hari Sabtu (Selasa raya, Sabtu balik KL) so memang tak sempatlah ibu aka yong nak membasuh & mengemas semua tu kalau semua orang tak bawa balik sendiri barang2 tu. Macam yang terjadi tahun lepas. Kelam kabut nak membasuh & mengemas - tuan yang pakai masing2 dah balik - so macamana? Tahun lepas pun ibu & mak ikut balik KL lepas raya. Ibu tak akan & tak pernah tinggalkan rumah dengan keadaan yang bersepah. 

Kalau setakat 1-2 family aje tak kisah tapi kitakan ramai family2? Misalnya kalau satu family tu ada 5 orang - maka tuala pun kena 5 helai jugak - kalau dah 7-8 family ngan anak2 lagi tentulah menimbun nak membasuhnya! Tu kira tuala aje, belum masuk cadar, selimut, sarung bantal lagi! So harap memahami ya situasi ini! Sambil seronok nak balik beraya kita kena bertimbang rasa jugakkan?? Kita familykan ramai orang - so bertolak ansur, berkerjasama, tolong menolong kan seronok? Barulah harmoni keluarga kita kan? kan? kan?

p/s:- tahun ni tak ada maid - maid maksu dah balik, maid kakak balik bercuti - so marilah kita ramai2 "memaidkan" diri masing2 bila balik kampung nanti ya!!

p/s:- dengarnya Uda & Makteh nak ambil tugasan memasak raya ke 3 & 4! bagus, bagus, semangat ni yang kita nak! Sokong Uda & Makteh! go, go, go he..he..

p/s:- walaupun family sendiri tapi bila sebut bab duit kadang2 tu boleh bawa gaduh! So untuk elakkan kejadian yang tak diingini maka duit raya yang kita selalu share tu tahun ni tak ada fix amount (kecuali uda, makteh, maksu & kakak). Sesiapa yang terdetik nak bagi - bagilah ikut suka!

Sekian, terima kasih!! Wasalam!!

3 comments:

ikatankasihku said...

suka jugak ayat tu..
kak fizin mermaidkan diri, samapi suara pun serak

Hafidzin said...

kakfizin tengah batuk sekarang tu yang masa Ikin cal tu suara serak sikit! dah 3-4 hari batuk - bukan aje kakfizin tapi suami & anak2 pun batuk. semalam pergi Klinik - 4 beranak g jumpa Dr. jangkit ngan anak lelaki tu lah! dia pun dah 2 minggu tak baik2 lagi!
kena lah memaidkan diri bila balik kg pasal ramai sedara! kalau masing2 buat "dek" aje jenuh la kan? he..he.. walaupun kakfizin 2 beradik aje (kakak & kakfizin) tapi mak2 sedara & sepupu2 ramai! bila balik kg time raya memang meriah!

rositahmdzain said...

SAYANG... kenapa bg contoh yg anak 5? I terasa tau :-( and kenapa warwarkan raya 3&4 punya agenda? segan la..;-p