Monday, August 15, 2011

baju raya

Lenguh habis badan2 nie gara2 sepanjang minggu lepas nak dikatakan tiap2 hari keluar cari baju raya. Alhamdulilah, baju anak2 dah selesai semuanya. Sekarang ni cuma tinggal baju Umi & Walid aje - cuma nak cari baju caler purple untuk Walid & biru untuk Umi.

Kali ini mencabar betul nak cari baju raya kat anak2 - saya rasa tahun ni baju budak2 agak mahal dari tahun2 lepas. Walaupun ada less 50%, harga masih dalam rm 60 lebih. Mula2 saya & kakak malas nak pergi Sogo pasal dengarnya nak bayar kena beratur sampai 2 jam. Selain dapat maklumat ni dari kawan2 kakak, Lyn pun bagitahu masa dia pergi shopping baju raya kat Sogo sebelum puasa - dia kena beratur hampir 2 jam lebih untuk bayar.

Dah kata tak mahu pergi Sogo tapi kami "terpergi" jugak he..he.. Bukan apa, masa pergi Mid Valley tu, tak ada banyak pilihan macam kat Sogo. Kat Jaya Jusco pun sama jugak!. Last2 ke Sogo jugaklah kami. Kat Sogo memang banyak pilihan. Macam2 ada! Kami pergi hari Jumaat lepas - sampai Sogo dalam pukul 12 tengahari so tak adalah ramai sangat orang. Masa beratur nak bayar pun kejap aje. Hari tu jugak selesai baju anak2.

Hari Sabtu keluar, hari Ahad pun keluar. Memang meletihkan tapi rasa enjoy aje he..he.. Iyalah, siapa yang tak suka shoppingkan? Hari ini pun keluar lagi - keluar ngan kakak & ibu, beli barang2 nak buat kuih raya. Kami 3 beranak plan tahun ni nak buat kuih raya sendiri. Tak mau beli2 dah! Minggu ni buat kuih raya, minggu depan buat kek pulak!

Sekarang ni saya dok sibuk cari resepi biskut2 raya kat internet. Ibu memang dah tahu tetapi saja nak cari kelainan sikit kali ni. Asyik2 biskut yang sama aje, mesti boringkan? Setakat hari ini yang ada dalam list kami ialah biskut Dahlia, Almond London, biskut Nestum, biskut Rock Bun & tat nenas. Kek pulak kek lapis ajelah kot!

Sepanjang saya di KL nie sekali aje berpeluang buat kuih sendiri. Sempat buat kuih Koswi aje. Terasa nak buat kuih tiap2 hari macam kat rumah sendiri tu tapi kat sini tak ada peluang. Asyik sibuk memanjang aje! Kadang2 tu 2-3 hari tak sempat nak buka blog. Nak dikatakan tiap2 hari saya pergi Pasar Ramadhan. Mula2 cakap tak nak pergi tapi bila dah ada geng (kakak) tu laju aje langkah tu he..he.. Dah 15 hari kita berpuasa tetapi badan saya tak turun2 pun! Makin naik iyalah kot! Masa nak beli baju raya rasa frust aje pasal saiz M dah tak boleh nak pakai - saiz L pun belum tentu! Rasanya tahun ni tahun paling saya berisi! Tak dapatlah nak bergaya sakan raya tahun nie hu..hu...hu..

p/s:- InsyaAllah, 24 atau 25 hb ni kami akan berpindah ke rumah baru kakak!

No comments: