Thursday, August 4, 2011

kuih kuswi

Hari ni sibuk sikit. Lepas sahur terus mulakan kerja melipat baju2 yang menimbun dalam bilik adik tu. Selalunya lepas sahur saya sambung balik tidur tapi hari ni tak boleh - banyak kerja yang menanti! Pastu dalam pukul 10 pagi Norly datang rumah hantar cadar Ben 10 untuk adik. Bila dah jumpa tu sembang la kejap. Tapi dalam kejap2 tu hampir sejam la jugak! Iyalah, lama tak jumpa, banyak la benda nak cerita. Lepas dia balik terus saya siap2 nak keluar beli barang2 untuk buat kek & beli baju kelawar untuk ibu.

Masa ibu datang hari tu ibu beli hampir 10 helai baju kelawar tapi tu semua orang yang punya! Untuk Makteh, Maksu, kembar, mak & kakak. Ibu ada belikan untuk ibu sehelai tapi Makteh berkenan pulak so ibu jualkan aje pada Makteh. So sebelum saya nak kesana hari Sabtu ni ibu pesanlah belikan sehelai untuk ibu.

Sebelum beli baju kelawar saya singgah dulu  kedai jual barang2 buat kek nie. Kek2 nie saya akan buat di KL. Cadangnya nak buat kek lapis aje. Tak tahu lagi berapa biji nak buat.

Menu saya pada hari ke 4 ini ialah ikan masak lemak, ketam masak sup & sayur campur. Kuih hari ini pulak ialah Kuih Kuswi. Pertama kali saya buat & Alhamdulilah, menjadi! Sebelum berbuka tadi adik makan 4 biji. Asyik puji sedapnya Umi buat kuih!! Terima kasih pada Fiza (blog Tempat Fiza Simpan Resepi) kerana sediakan resepi yang mudah ini!


Saya memang suka sangat kuih kuswi ni. Antara kuih kegemaran saya time bulan puasa. Alhamdulilah, dalam 4 hari ini tercapai jugak hasrat saya nak buat kuih. Mula2 memang rasa malas tapi lama2 tu rasa seronok pulak tambah2 bila tengok anak2 makan! Walaupun anak2 makan sikit aje tapi Umi dah rasa berbaloi!

Kuih yang saya teringin nak cuba buat ialah kuih seri muka, kuih lapis, kuih pelita & kuih tepung gomak. Ini adalah antara kuih kegemaran saya! Yang mana saya tak suka tu malaslah nak cuba kan? Oh! ya lagi satu yang saya teringin nak cuba buat ialah murtabak. Itu adalah kegemaran suami. Kuih2 yang saya buat tu suami tak suka. Dia makanlah sebiji untuk ambil hati saya!

 
masa saya tengah sibuk mengukus - orang2 buat rumah tu dok lalu tengok2 kat tingkap dapur saya - so saya pun bagilah satu tupperware - sekali dengan kuih semalam yang tak habis! Niat sedekahkan! Manalah tahu kot2 diaorang terbau kuih tu & teringin pulak!


Jadi tak kuih kuswi saya nie? Nampak menyelerakan tak? he..he..


Jemput makan!


Yang belum dikukus - tak apa ke ada buih2 kat atas macam tu?



Budak yang tak puasa sedang berposing angkara paksaan Umi he..he..

2 hero saya sedang menonton tv sementara menunggu waktu berbuka. Walaupun adik tak puasa tapi bila waktu berbuka dia wajib duduk makan sekali. Bukannya apa - saja nak meriahkan suasana kat meja makan. Kalau tak sunyi sepi aje time berbuka!

4 comments:

bidadarindu said...

kuswi ke kaswi?kaswi la rasanya...cuba tanya pakcik google...kaswi la...bukan kuswi...pening kepala memikirkannyer...(mcm k.sayang pikir pasal elia n apek..he he..)

boleh x kalau nak kirim keropok...makan ramai2 masa kat kampung best jugakkan...kalau boleh,nnt bidadarindu bagi duit...

ikatankasihku said...

c boy ni tak puasa..hehehe..
mak saya pun suka kuih ni....peberet dia.. :P

Kaz said...

Rajin sungguh Fizin buat kuih tradisional. Ina ni malas sikit, tu yg lebih suka buat kuih moden.

Hafidzin said...

Bidadarindu - rasanya kuih koswi kot! atau panggil kuih lompang aje senang!! he..he..
Pasal keopok tu tak janji pasal kaksayang tengah sibuk buat kek & apam nak bawa g KL esok. Nak keropok apa? Nanti sms la. Kalau sempat kaksayang beli, kalau tak, takla ya!!

Ikin - si boy tu memang tak puasa - hari pertama aje dia puasa penuh! hari2 lain, lepas balik sekolah terus minta air!

Ina - fizin suka makan kuih tradisional nie - tu yang teringin buat sendiri tu! cuba2 aje! mula2 tu memang rasa malas tapi dah 2-3 hari rasa seronok pulak! tambah2 bila menjadi!! kuih2 moden ni fizin kurang makan sangat!