Monday, August 1, 2011

hari pertama berpuasa

Sebelum saya memanjangkan n3 ni, saya nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. 

Menu kami pada hari pertama berpuasa ialah gulai daging, bihun sup utara & apam dot dot. Sayakan dah berazam nak masak tiap2 hari. So inilah juadah berbuka puasa kami anak beranak hari ini. Pukul 12 tengahari saya dah masuk dapur! Apam dot dot tu petang baru buat! Masa buka puasa tadi makan panas2 - sedaplah! Yang tu permintaan Awatif. Suka sangat dia dengan apam dot dot. Filling apam tu setengah kiwi & setengah lagi blueberry.  

Semua masakan saya hari ni - semua tawar! Iyalah! Dah puasa memanglah macam tu kan! Tengok suami & anak2 makan, rasa berbaloi penat lelah di dapur tadi!!


Hari ini anak2 cuti sempena awal Ramadhan so saya ambil kesempatan ni untuk ajar adik berpuasa. Bila tak sekolah tu boleh la dia berpuasa. Bila kejut dia sahur mula2 susah jugak pastu bila dah bangun tu terus ok. Saya suapkan nasi - habis jugak sepinggan. Nasi ngan telur dadar aje! Pastu paksa dia minum air 2 cawan.

Pagi2 lepas bangun dia ok aje. Tak ngadu lapar ke dahaga. Dia siap pesan kat saya "Umi jangan buka peti ais tau - kita puasa hari ini". Dalam pukul 5 petang tu dia dah start merengek sakit perut & dahaga! Tapi merengek kejap aje pastu tak ada dah! Tapi dalam pukul 7 tu (lagi 24 minit nak buka puasa) dia menangis meraung-raung nak minum air! Sebab sayangkan puasa tu saya pujuk dia! Iyalah dalam takut2 tu paksa jugak dia habiskan puasa dia pasal sayang - lagi 24 minit aje lagi.

Bila dah azan - terus dia minum air sejag tu! Taklah habis semua.! Memang dahaga sungguh!! Lepas minum air dia makan bihun sup. Pastu dia masuk bilik baring & berselimut. Bila saya masuk tengok dia - terkejut! Muka dia pucat lesi! Saya panik sangat! Saya tak bagi dia tidur - tanya dia nak makan nasi tak. Dia tak nak tapi saya pujuk baik2 - janji beli mainan esok! Lepas dia cakap ok baru saya suapkan dia nasi. Lepas 3 mulut dia tak mau dah! Lepas makan nasi tu baru nampak mulut dia merah sikit. Barulah saya rasa lega sikit.

Lepas 10 minit baru nampak dia ok sepenuhnya! Barulah hilang rasa ketar saya. Kalau macam ni keadaan dia macamanalah nak puasa esok! Lepas dia dah ok saya terus cal ibu - tapi ibu dah keluar pergi terawih. Cakap ngan mak - mak punya bisinglah kat saya bila cerita pasal adik tadi. Mak kata sayangkan puasa dia ke atau sayangkan dia? Mak kata esok tengok dia macamana - ikut dia nak puasa sampai pukul berapa - sekerat hari pun tak apa! Dahlah si adik tu tak kuat! Saya memang serik dah!! Takut betul bila fikir balik pasal tadi tu!!

Ni gambar dia sebelum buka puasa tadi. Muka masam mencuka aje he..he..Masa nie muka tak pucat lagi!


2 comments:

ikatankasihku said...

kak cantiknyer apam polkadot tu...
*cian c bujang, muka masam jer, sama ngan anak ikin....1st day memang mcm tu, lama2 ok la kan

Hafidzin said...

dari jauh nampak cantik lah tapi kalau tgk dari dekat - boleh la tahu cantik ke tak he..he..
anak bujang tu manja sangat! hari ini ikut dia nak puasa sampai bila! tak mau dah paksa macam semalam - serik dah! ingat balik macamana pucatnya muka dia semalam!