Wednesday, August 3, 2011

happy birthday

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri! Alhamdulilah, genap 36 tahun ya hari ini! Lagi 4 tahun aje lagi nak ke 40! Walaupun  begitu - hati saya tetap rasa muda! Jangan "tuakan" diri sendiri kan?

Hari ini segala plan saya tak menjadi. Nak buat kek tak jadi, nak packing baju tak jadi, nak keluar beli barang2 kek pun tak jadi. Apa yang saya sempat buat hari ini masak untuk juadah berbuka aje - iaitu sup ayam, ayam goreng & sotong masak kunyit. Kuih hari ini pulak ialah kuih sagu! Mula2 nak buat kuih kuswi tapi tengok2 tepung ubi tak ada. Nak keluar pergi kedai tak boleh pasal ada orang datang pasang lampu kat depan rumah. Itu yang buat apa yang saya plan tak menjadi hari ini!

Dari pagi tadi orang tu datang pasang lampu. Selesai kerja dia dalam pukul 5 petang. Lepas dia selesai baru saya start masak juadah berbuka. Bila start nak buat Kek Karamel untuk birthday saya, tengok2 susu cair pulak tak ada. Saya dok ingat ada lagi setin tapi cari2 tak ada! Bila suruh suami pergi kedai dah pukul 6 lebih. Suami sampai rumah dah nak berbuka! So sampai sekarang tak buat lagi kek! Gula hangus tu dah saya buat siap2 - waktu tu tak perasan lagi susu cair tak ada!

Mari kita tengok kuih sagu yang saya buat tadi. Tak berapa nak jadi sangat pasal lembik sikit. Rasanya dah kurangkan air tapi still lembik lagi. Lain  kali buat dah boleh agak dah!



Dapat birthday card giant dari Awatif. Amboi! besarnya kad tu! Terkejut Umi! Balik dari sekolah tadi terus dia bagi. Dia buat diam2 kat sekolah  - nak surprisekan Umi. Terima kasih Awatif! Umi pun sayang anak Umi!!



p/s:- Masa suami pergi kedai beli susu cari - saya tak tutup pintu - sedar2 tupai masuk dalam rumah! besar tupai tu! Apalagi! menjerit kami 3 beranak! Jenuh suami halaukan tupai tu! Lagi 10 minit nak berbuka baru tupai tu berjaya dihalau keluar! Pengalaman pertama tupai masuk rumah!

p/s:- Memandangkan hadiah dapat awal - so hari ini dapat wish kosong aje lah! he..he..

4 comments:

bidadarindu said...

Allah Selamatkan Kamu...Allah Selamatkan Kamu....Allah Selamatkan Hafidzin...Allah Selamatkan Kamu....

bidadarindu said...

Tak Boleh nak bayangkan macammana Abg Lan Halau keluar Tupai Tu...He he he..

ikatankasihku said...

Happy Birthday kak fizin, moga murah rezeki & panjang umur, serta di berikan kesihatan yang baik dan berpanjangan... :D

*pengajaran : jgn sangka pintu terbukak, tupai tak masuk..hehehe

Hafidzin said...

Bidadarindu - terima kasih! Eh! jangan tak tahu Abang Lan tu superhero kami 3 beranak! bukan kata tupai aje - kelawar pun selalu abang Lan halau! hero kami tu!!

Ikin - terima kasih Ikin! memang lepas nie tak biar dah pintu tu terbuka!! hari ni nak buka tingkap pun rasa takut!