Thursday, August 25, 2011

kek lapis

Geram betul ngan pc & broadband nie - dari tadi nak upload gambar tapi tak boleh2. Slow sangat2!! Tapi tak pe lah, bulan2 puasa ni tak baik nak marah2kan? So kali ni buat ajelah entry yang tak bergambar! Tak dosa pun kan? he..he..

Masa tengah menaip ni saya tengah menunggu kek lapis saya masak dalam oven tu! Hari ni dah 3 biji kek saya buat dengan pertolongan 2 orang pembantu yang setia iatu Wani & Kakak Nadia. Kek lapis yang saya buat hari ini ialah Kek Lapis Masam Manis 2 biji & Kek Lapis Oren Badam sebiji. Plan mula tu nak buat sebiji lagi Kek Lapis Oren Badam tapi rasa penat pulak! Pembantu2 pun dah angkat bendera putih. So esok lepas sahur sambung balik projek kek lapis nie!

Buat kek lapis ni memang memenatkan sikit. Kek Lapis Oren Badam tu saya start buat pukul 8.30 malam tetapi sekarang dah pukul 12 malam tak selesai pun lagi. Ada 2 lapisan lagi nak habis. Walaupun memenatkan tapi saya suka buat kek lapis nie.

Projek kuih raya belum selesai lagi. Hari Jumaat kot nak buat penutupnya. He..he.. Kena stop kejap buat kuih raya pasal nak bagi laluan kat kek! Takut tak sempat pulak pasal hari Sabtu ni dah nak balik kampung. Kek lapis ni kan kena ambil masa yang lama so kenalah bagi keutamaan dulu.

Sepanjang minggu ni amat meletihkan! Saya tolong ibu buat kuih raya dari pagi sampailah ke waktu berbuka. Pinggang & kaki habis lenguh! Saya yang muda ni pun sakit2 tambahlah ibu kan? Kakak kena masak & uruskan hidangan berbuka & bersahur pasal bibik dia dah balik! So dia tak adalah nak ambil bahagian pasal hal kuih raya nie!

Saya & kakak dah bincang sesama kami - tahun depan dah tak nak buat kuih raya ni. Kalau nak buat pun untuk sendiri2 aje. Ish! penat tau! Kalau satu biskut tu - kena buat sampai 6@7 adunan. Kalau sendiri2 tu, 2@3 adunan dah cukup. Paling teruk masa buat biskut tat nenas & almond London. Sampai waktu berbuka pun tak habis2 lagi! Saya dah serik dah lah!!

3 comments:

bidadarindu said...

Tu la org suruh beli je kuih tart,x nak...nak buat jugak...he he he...

nampak mcm teruk je minggu nie...mesti banyak lemak2 yg terbakar...boleh la kami tengok ngan beraya bersama "erra fazira" tahun nie...he he he...

ikatankasihku said...

kak fizin serik ker...
nanti thn depan bahang raya terasa lagi, conform tak serik punyer..hehehe

Hafidzin said...

Bidadarindu - beli ngan buat tak sama, walaupun penat tapi rasa berbaloi he..he.. (sedap pun sedap kalau buat sendiri ni he..he..)

Ikin - setakat hari ni memang rasa serik tapi kalau tahun depan tak tahu lah lagi he..he.. Betul kot Ikin cakap tu, tahun depan rasa serik hilang! he..he..