Thursday, August 25, 2011

dah ada gambar

Ha! baru boleh upload gambar hari ni. Walaupun lambat nak menunggunya tapi akhirnya boleh jugak. Jom kita layan gambar2  ni :-




Ini model tetap blog saya ni he..he. Bersungguh2 ibu buat kuih raya tahun ni, nak balas dendam balik setelah beberapa tahun tak buat. Walaupun dah lama tak buat tapi "tangan magik" ibu tetap maintain!


Biskut Rock Bun, Biskut Dahlia, Biskut Nestum & Biskut Almond London.


Kuih raya yang telah dipacking.


Biskut Koko yang telah diberi nama glamer - Biskut Cinta Hati (nama biskut pun nak kena jiwang jugak he..he..)


Biskut Almond London - ni tak ada nama lain pasal nama dia pun dah glamer.


Biskut Dahlia - paling mendapat sambutan dari anak2, malam tu jugak habis 2 balang.


Biskut Nestum - nama glamer Cahaya Bulan.


Biskut Rock Bun - kurang umph sikit pasal agak keras - adunannya kakak yang bancuh - masa buat ni kecoh satu rumah, semua orang nak tolong buat termasuklah emak he..he.. Emak  beriya2 sungguh! Seronok tengok mak time tu!


Saya tengah buat tat nenas, ambil alih jap dari ibu yang teman kakak pergi rumah baru pasal nak bincang kabinet dapur ngan orang kontraktor tu. Yang saya buat semua besar gedabak, tak comel macam ibu buat he..he..


Pembantu saya yang paling setia - rajin benar dia menolong Umi (tak macam Balqish yang malas sungguh, lepas balik sekolah aje terus tidur he..he..)


Tat nenas yang menunggu untuk dibakar.

Ini cerita pasal projek kek raya semalam. Semalaman saya tak tidur gara2 nak siapkan sebiji lagi kek Lapis Oren Badam tu. Mula2 tu dah tak nak buat dah tapi Kakak Nadia suggest buat ajelah pasal bahan2 pun dah ada depan mata. So saya pun startlah dalam pukul 12 lebih, habis dalam pukul 4.30 pagi. Pastu terus aje siapkan hidangan untuk bersahur. Lepas sahur tu mandi, pastu baru tidur.




2 orang pembantu projek kek raya - Nadia & Wani. Rajin tau depa 2 orang nie!!

2 comments:

bidadarindu said...

Takut x sempat balik kampung kuih raya dah abis...x merasa la kami...merasa tengok je la...he he he

ikatankasihku said...

biskut dahlia tu paling unik kak fizin..
sebab jarang jumpa..comel pulak....
rasa conform sedap punyer..
tgk pun dah tau..