Friday, August 26, 2011

cerita Aisy & Robin

Ni nak cerita sikit pasal 2 orang budak ini :-


Seronok sungguh dia main laptop Umi Dia (Nadia). Bila Walid cal 2-3 malam lepas, dia dok minta laptop, Walid kata kena tunggu 7 tahun baru Walid beli he..he.. 

Sebenarnya nak cerita pasal puasa. Adik memang tak boleh nak puasa. Masa hari pertama berpuasa tu kan saya dah cerita pasal keadaan dia yang pucat lesi selepas berbuka.  So sejak hari tu saya memang tak bagi dah dia puasa sampailah duduk kat KL ni. Tapi 2 minggu lepas masa saya dok sibuk keluar shopping baju raya, dia puasa satu hari tu. Memang sahur tu dia bangun dan saya suapkan dia makan nasi tapi saya memang tak bagi dia puasa. Saja aje nak suruh dia sahur sama2 memandangkan semua orang bangun.

Esok tu bila saya keluar saya dah pesan kat bibik Is jangan bagi dia puasa. Bila balik rumah petang tu bibik Is cakap dia puasa pasal Awatif, Balqish & Balqish dok pujuk dia puasa. Masa saya sampai rumah tu tengok dia dah lembik sikit. Dia baring aje. Masa berbuka tu dia tak mau makan nasi, dia nak makan maggie goreng. Air dia minum sampai 3 gelas. Maggie tu dia makan semangkuk tapi tak penuh lah.

Lepas berbuka muka dia dah jadi pucat macam haritu. Badan dia jadi lembik! Dia muntah 3-4 kali. Yang kesiannya dia muntah melalui hidung. Habis keluar  maggie yang dia makan tu melalui hidung. Kesian saya tengok dia waktu tu! Ibu, mak, makteh & kakak waktu tu pun terkejut tengok keadaan dia macam tu. Mak dok bising kenapa bagi dia puasa. Kalau saya ada kat rumah, memang saya tak akan bagi dia puasa! 

Dia hanya berpuasa 2 hari sahaja lah. Dia teringin nak puasa tapi dia sendiri tahu keadaan dia. Robin selalu ejek dia tak puasa. Abang Robin dah puasa 16 hari, Aisy baru puasa 2 hari - inilah dialog yang selalu Robin cakap kat dia. Adik selalu cakap adik tak boleh puasa pasal adik sakit. Saya dah pesan kat adik kalau orang dok ejek adik tak puasa ke apa, adik cakap aje ALHAMDULILAH. So sekarang ni kalau sapa2 yang dok cakap dia tak puasa, cepat2 dia cakap Alhamdulilah! he..he..


Budak ini namanya Robin (tambah kat belakang jadi Robin Hood he..he..). Robin ni boleh puasa tak ada masalah. Dia puasa ngan tak puasa sama aje keadaan dia. Yang menjadi masalahnya dia malas nak puasa. Dia selalu jadikan adik sebagai alasan dia tak puasa.

Aisy minum air depan Robin, macamana Robin tak teringin - Aisy makan biskut depan Robin, macamana Robin tak terliur. Itulah skrip dia setiap kali kakak tanya kenapa dia tak puasa. Pandailah dia salahkan anak kita pulak he..he..

Ibu kata memang pun adik selalu ajak dia masuk dapur he..he..Kelakar pulak bila fikir balik! Sejak seminggu ni Robin dah tak puasa. Sahur pun dia tak bangun. Sejak bibik Is dah balik Indon, tak adalah orang nak suap dia makan. Umi & Walid dia tak bangun pun sahur!

p/s_ kalau time baik tu bukan main mesra lagi tapi kalau time gaduh ehem... habis silat gayong terkeluar he..he.

No comments: