Tuesday, August 16, 2011

biskut Dahlia

Minggu ni dah memang plan ngan ibu & kakak nak buat biskut raya. Semalam dah beli bahan2 - hampir rm350 jugak kos semua tu. Makteh, Maksu & kakak share sorang rm150. Saya terkecuali pasal ibu  khaskan saya untuk buat kek raya. Bahan2 untuk buat kek dah pun saya beli di Kemaman. Projek kek tu saya akan mulakan minggu depan. Nak kena tunggu 2 orang pembantu saya balik bercuti dari kolej masing2 iaitu Wani & Kakak Nadia.

Hari ini buat biskut yang paling simple iaitu Biskut Dahlia. Baunya memang semerbak sampai Robin tergoda nak buka puasa. Tapi disebabkan PS2 dia rela ambil bau aje he..he.. Adik yang tak boleh puasa tu makan berulang-ulang.

Saya sepatutnya tak ambil bahagian dalam projek kuih raya ni  tapi takkan nak biar ibu buat sorang2 kan? Kakak pulak lepas balik dari sekolah baru nak buat. Jadi semalam saya janji ngan ibu nak tolong lepas sahur tapi semalam saya tak tidur lena pasal asyik batuk aje. Masa sahur saya bangun kejap minum air pastu sambung tidur balik. Bila ibu kejut pun tak boleh nak bangun. Pukul 8 pagi tu baru bangun. Tengok2 ibu dah siap bakar satu adunan. Lepas tu baru saya tolong ibu sambung buat 6 adunan. 







p/s:- masa menaip nie kakak tengah sibuk buat biskut Rock Bun - esok saya sambung pasal cerita nie.

1 comment:

ikatankasihku said...

wah bestnyer, bahang raya dah terasa dah ni..