Tuesday, August 2, 2011

Apam Mekar Setaman

Hari ini juadah untuk berbuka simple aje iaitu ikan goreng, sayur campur & lebihan gulai daging semalam. So adalah masa saya buat 2 jenis kuih iaitu Apam Mekar Setaman & buah Melaka. Apam tu dah lama saya teringin nak buat tapi tak ada peluang. Hari ni baru ada kesempatan nak mencuba. Rasanya untuk first time buat menjadi tak mekarnya tu?



Yang ni Apam dot dot semalam. Masa buat apam nie dah waktu berbuka jadi tak ada masa nak bagi jiran2. Lagipun masa tengah nak mengukus untuk kali ke 2 gas tiba2 habis. Nak kena tunggu suami balik sembahyang Terawih baru boleh suami beli gas & saya boleh sambung balik mengukus.


Kuih buah Melaka ni saya buat khas untuk adik. Semalam masa singgah Pasar Ramadhan dia nak sangat buah Melaka ni tapi saya tak beli pasal tengok pekat sangat caler hijau tu. Tentu letak banyak pewarna so saya janji ngan adik nak buat hari ini. Masa pergi Pasar Ramadhan semalam tak beli kuih & lauk apa pun cuma beli air kelapa & air tembikai aje.

Bila buat buah Melaka ni adik tak makan langsung. Geram betul - penat2 Umi mengetel tadi! Ni first time Umi buat - patutnya adik rasalah sebiji - kecil hati Umi tau!!


Bagi jiran2 sorang sepinggan tadi - untuk Kak Ina, Nor, Ani & Kak Yah. Rasalah sorang sikit juadah yang tak seberapa ini.

4 comments:

Kaz said...

Cantiknya apam mekar Fizin tu, mmg npk mekar sungguh. Pandai Fizin buat. Dah boleh ambil tempahan ni.
Bestnya jiran2 Fizin dpt merasa kuih Fizin yg hebat2 tu, ina pun nak jadi jiran Fizin lah mcm ni.

bidadarindu said...

Apam tu mcm tuan dia jugak la kak..Apam Mekar Kembang Setaman...he he he..

p/s : dulu dia janji raya nnt mcm erra fazira..we will see...hu hu..

ikatankasihku said...

Kak Fizin, air liur ikin dah semangkuk dah ni..tgk akak nyer apam polkadot tu....alamak cair iman..hehehe

Hafidzin said...

Ina - cantik ke? he..he.. first time fizin buat tu! mula2 tu takut jugak x jadi tapi Alhamdulilah - hasilnya bolehlah kan??
Marilah pindah sini jadi jiran fizin! lagi seronok kalau kita dapat berjiran - boleh rasa suasana macam dulu2 masa kat kg! teringat pulak kisah lama!

Bidadarindu - rasanya tahun ni tak dapat nak beraya ala2 Erra Fazira! tak payah tunggu raya - sekrang ni pun dah boleh confirm x boleh dapat badan macam tu he..he..

Ikin - marilah datang sini makan apam polkadot tu he..he.. ada lagi sikit kat rumah nie!! he..he..