Saturday, July 16, 2011

wall paper

Baru balik dari KL hantar ibu & mak. Sampai rumah dalam pukul 3 petang tadi. Penat sangat. Dalam perjalanan tadi suami minta drive kejap pasal dia ngantuk. Saya pun drive lah tadi tapi tak sampai 30 minit pun! Pegang aje stereng kereta tu tadi dari mula asyik menguap aje! Bila drive terus rasa ngantuk sangat2! Bertolak ke KL pada hari Khamis lepas. Pukul 5 lebih baru bertolak.

Sekarang ni rumah saya berselerak gara2 pasang wall paper tak selesai2 lagi. Hari Khamis tu bila dah pasang wall paper bunga2 kat feature wall, saya rasa tak senang hati pasal wall paper yang kat sekeliling tu tak sesuai. Tak "masuk" lah orang kata! Termenung jugak saya kat depan feature wall tu tengok2! Last2 saya cakap ngan ibu nak pergi kedai tanya boleh tukar tak? Iyalah, bayar mahal2 biar lah puas hati kan? Mujur Kak Ina (tauke kedai) kata boleh!

Masa mula2 tu saya rasa tak seronok sangat pasal memang nampak tak sesuai. Ibu & mak pun cakap benda yang sama. Mak cakap pilihan warna yang saya pilih nampak gelap. Pasal warna tu saya tak kisah pasal memang saya minat warna tu! Tang corak tu yang saya rasa saya salah pilih! Kalau tak ada feature wall bunga2 tu tak apa, memang dah cantik dah! Tapi bila dah ada, nampak sangat2 tak sesuai! Kalau saya cerita macam nie tentu tak fahamkan? Nanti bila dah siap semuanya nanti saya tunjukkan gambar ya biar semua yang baca ni faham apa yang saya cuba terangkan nie!

Masa pergi kedai tu minta Kak Ina datang rumah kejap bagi idea macamana. Ibu pun ada bagi idea jugak. Bila Kak Ina datang rumah, dia pun cakap nie sesuai, nie tak sesuai. Bila bincang ngan Ibu & timbangkan idea Kak Ina, maka saya pun tukar wall paper yang kat ruang tamu. Sekarang nie ruang tv lain, ruang tamu lain dan dinding kat tepi bilik2 lain. Campur ngan feature wall ada 4 jenis caler & corak dalam rumah. Mula2 rasa macam tak confident aje - tapi bila dah pasang tu barulah rasa lega sikit! Baru boleh senyum.. he..he.. Iyalahkan? Dah lah susah nak dapat, so kenalah betul2 pilih! Biar hati senang dan rasa berbaloi!








1 comment:

ikatankasihku said...

cantiknyer wall paper ni..english stail