Sunday, July 24, 2011

udang masak lemak

Inilah menu kami hari ini, udang masak lemak ngan kacang panjang.



Hari ini adik pergi sekolah dengan linangan air mata! Macam biasalah! Tapi kali ni saya tak marah pasal tahu dia tak sihat sangat. Semalam dia tidur tak jerap pasal kejap2 batuk - bila dengar dia batuk rasa kesian sangat! Dah seminggu dia batuk - tak baik2 lagi pun! Takut jugak kena lelah!

Esok kami semua akan ke Melaka. Hari Selasa suami ada interview. Tak duduk lama2, lepas suami interview terus balik. Anak2 dok pujuk nak mandi kolam kat hotel nanti - saya awal2 dah cakap NO!. Petang tadi anak2 tunjuk perasaan pasal tak dapat mandi kolam. Awatif makan nasi sambil meleleh air mata! Tunjuk protes la tu!

Umi memang tak layan - nangis la sampai bengkak mata pun! Iyalah! Adik tu dok batuk2 lagi - kalau mandi kolam sure kena lelah! Dah banyak kali dah terkena! Tak pasal2 nanti kena masuk hospital! Umi tak mahulah berkampung kat spital lagi! Dah serik rasanya! Dahlah nak puasa dah nie! Tahun lepas dah berkampung seminggu masa bulan puasa, tahun belah sana pun sama jugak, tahun belah belah sana pun sama! Kalau boleh Umi tak mahulah bulan puasa tahun ni nak kena masuk spital lagi!!

5 comments:

ikatankasihku said...

dtg melaka... :)slmt dtg ke melaka...
biar anak umi menangis, jgn umi yg menangis kemudian hari....kdg2 anak tak paham kenapa kita berkeras tak bagi dia buat itu ini...sebab syglah kita tak bagi...

Hafidzin said...

betul tu Ikin - kita tak bagi tu pasal bersebab - bukan x sayang!

bidadarindu said...

bestnyer udang tue....ada lebih bawak mai datang cni nooo...

rositahmdzain said...

terasa lapaq tergedik-gedik..

rositahmdzain said...

Yang, barang dah sampai. cepat sungguh. Uda dah ambik gmbar sebelum guna,nak buat perbandingan jgk.