Monday, July 4, 2011

tetamu dah balik

Semalam sebahagian tetamu dah balik KL. Sekarang yang tinggal ibu, mak & kakak Nadia.






Rombongan sampai hari Sabtu - dalam pukul 7 petang macam tu! Tengahari tu suami beli bungkus Satar rm50 & otak2 rm20. So bila rombongan sampai aje - terus makan! Dalam riuh2 tu - lupa nak ambil gambar. Tuan rumah tak sihat time tu he..he.. Pening kepala pasal tidur tak cukup & duduk kat dapur lama2! Malam sebelum tu hampir pukul 4 pagi baru saya tidur kerana nak siapkan 3 biji kek tu. Hari Sabtu tu pulak dok sibuk masak - walaupun masak tu simple2 aje tapi seharian jugak saya dok kat dapur! Kalau dok kat dapur lama2 memang kepala saya akan pening pasal dapur tu panas sangat!

Dinner untuk malam tu - permintaan Makteh bayam air, ikan kukus, budu, ulam2 & untuk ibu saya buatkan sambal tumis petai udang pasal ibu tak makan budu. Malam tu pun tidur lambat jugak pasal dok sembang ngan ibu, mak, kakak & Makteh. Rasanya dalam pukul 2-3 pagi jugak!

p/s:- kek dapat sambutan hebat he..he..

No comments: