Wednesday, July 27, 2011

perjalanan ke Melaka part 3 - Umbai

Sampai hotel dalam pukul 6 lebih. Lepas check in, mandi. solat, rehat jap pastu keluar. Suami dok teringat2 butter prawn kat Umbai yang kami pergi makan masa family day last year. Saya pun apalagi! pantang diajaklah kan?? Lagipun mula2 tu memang idea saya nak pergi makan kat Umbai tu he..he..

Dari hotel ke Umbai dalam 30 minit. Kalau tak pasal jem, rasanya 20 minit dah sampai. Suami dah siap sedia dari rumah - siap cari dalam internet lagi! So kami taklah sesat bila dah bersedia ngan map & segala info! Bijak sungguh suamikan? Suami siapa la tu ya? he..he..

Tapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan! Sampai2 kedai tu rasa frust sangat! Dalam banyak2 hari, hari Isnin pulak kedai tu tutup! Bila baca kat signboard Restoran Parameswara tu "kami buka setiap hari kecuali Isnin". Adoilah! kecewanya hati! Kesian suami! (padahal bini dia yang frust lebih!)

Bila dah tutup kedai itu kami pilih secara rambang ajelah restoran lain kat situ. Memang banyak pilihan tetapi tak tahu sedap ke tidak! So suami pilih restoran yang paling hujung! Pilihan ikan2 memang banyak. Macam2 ada. Kami ambil ketam masak cili, udang masak butter, ikan pari bakar, sotong celup tepung & kerang rebus. Nasi putih 2, satu untuk Awatif, satu untuk adik. Nasi lemak saya & suami sorang satu.

Masa dalam kereta adik nangis2 cakap lapar tapi bila dah makanan ada atas meja, dia langsung tak mau makan. Suami suap sotong, adalah dia makan 1-2 mulut. Dia kata dia nak termuntah. Memang sebelum tu dia batuk teruk! Mata & muka sampai merah tahan batuk & muntah!

Masa tengah makan tu teringat betul masa family day tahun lepas. Masa tu meriah sangat2! Rindu betul suasana macam tu walaupun kadang2 berselisihan faham akibat perbezaan pendapat! Tapi family tetap familykan? Walau ada hati terguris, walau ada sengketa, walau ada hati terluka namun darah daging nie tetap berpanjangan! Air yang dicincang tak akan putuskan?

Sambung balik pasal makan tu - bila kami 4 beranak aje, makan pun tak berapa nak laju @ lalu..Eh! tipulah tu he..he.. Makan tetap makan! Makan jugak walau 4 beranak pun! Tapi kuranglah sikit kalau nak dibandingkan ngan makan ramai2! Masa makan dulu tu sampai rm1800 order macam2 pastu setiap benda order sampai 5 kilo! memanglah patut sampai harga macam tu, kami makan semalam tu tak sampai pun rm100. Dalam rm94! Dengan ikan, ketam, udang, sotong pastu kerang lagi, rasanya harga rm94 memang berbaloikan @ murahkan?

TAPI rasanya kurang sikit! Bukan saya cakap tapi suami yang cakap! Udang butter dia rasa lain! Tak sama macam kedai yang kita pergi dulu! Saya rasa macam biasa aje - masa tu tengah lapar, bedal ajelah! Awatif pun bukan main lagi makan, bagus, bagus! Tak adalah Umi segan nak makan sorang2 pasal suami dah stop awal2 lagi gara2 udang tu tak masuk tekak dia!

















Ketam & sotong tak habis pasal dah kenyang sangat! Tak boleh nak habiskan dah! So bungkus bawa balik ajelah kot2 nanti adik lapar pasal dia tak makan langsung. Bungkus sekali nasi lemak sebungkus. Bila dah sampai hotel, rehat2 kejap pastu baru adik cakap dia lapar. Saya pun suapkan dia nasi lemak ngan ketam, sotong tu dia ratah aje. Tapi tak habis jugak dia makan! So Umi walaupun kenyang tapi sayang nak buang makanan terpaksala habiskan! Sayang nak buang! Itulah antara penyebab badan Umi makin naik! Bila makanan anak tak habis, Umi nak kena habiskan pasal sayang! Kan membazir buang2 makanan nie! he..he.. Alasan Umi sebenarnya!!

ps:- suami masih rasa ralat pasal tak dapat makan udang butter kat kedai tu - lain kali ada alasan nak datang Melaka lagi tapi kali ni plan awal2 ngan adik beradik lain, baru best! kosnya sharelah sama2!

2 comments:

bidadarindu said...

naper gi Melaka yek?Berapa hari?dah citer ke kat sini?belum kan...

bidadarindu said...

Interview yer...tapi x detail sangat..