Tuesday, July 26, 2011

perjalanan ke Melaka part 1

Bertolak dari Kemaman dalam pukul 11.45 pagi - ambil suami kat ofis pastu teruskan perjalanan ke Melaka. Suami bawa ikut jalan Segamat, pastu masuk highway Tangkak pastu keluar tol Air Keroh. Lebih kurang 5-6 jam perjalanan. Punyalah letih! Walaupun goyang kaki aje sebelah driver tapi adoi! lenguh abis satu badan! Lama dah tak lalui perjalanan jauh macam tu - dulu2 masa anak sorang selalulah jugak bila balik kampung ikut jalan Kelantan/Banding. Yang tu ambil masa 9 jam baru sampai kampung! Ingat balik pun dah rasa letih! Nak sampai ke Melaka tu nak kena melintas 2-3 negeri! Dari Terengganu, Pahang, Johor last baru Melaka! Rasa macam cuti2 Malaysia pulak! he..he..

Oleh kerana boring sangat2 - maka inilah kerja saya - menikmati pemandangan sambil menangkap gambar. Sepanjang perjalanan kami "bertemu" ngan banyak lori2 besar! Kecut perut! Saya nak tidur pun tak senang pasal takut! Suami suka sangat memotong! Serik rasanya nak ikut jalan ni lagi!! Ini kali ke 4 kami ikut jalan ni! Last masa tengok adik Najwa kat UITM, Segamat. Agaknya 2 tahun lepas kot!









No comments: