Saturday, July 23, 2011

nekad masak!

Baru dok sibuk memuji suami layan bak Permaisuri (rasa macam over pulak kan), dia tak kisah kalau tak masak pun, tiba2 semalam suami minta masak! he..he. Suami cakap "masak simple2 aje pun tak apa, abang dah tak lalu nak makan nasi goreng tiap2 hari". Kesian pulak kan? Saya pun insaf kejap! Dalam hati dok rasa bersalah kenapalah malas sangat nie!!

Jadi semalam saya pun masak menu yang paling simple - ayam masak kicap. Itupun cal ibu minta resepi! Bukan tak boleh nak cari kat internet tu tapi dasar malaskan! Yang kelakarnya - baru tumis bawang, suami masuk dapur cakap "em..sedapnya bau..." tu baru tumis bawang, belum pun masak apa2 lagi! Tu sah dia puji pasal seronok bini dia masak! he..he..

Bila tengok suami & anak2 makan berselera semalam ngan menu yang simple tu - dah tu satu mata aje! Tak ada dah menu lain! Maka dengan itu saya pun rasa insaf yang amat sangat! Janji ngan diri sendiri - esok & hari2 seterusnya saya akan masak walaupun saya malas! Saya akan paksa diri untuk masak demi keluarga tersayang!

Jadi hari ini saya masak - menu yang simple jugak - ayam masak merah! Tak apalah kan, pelan2 lah, nak berubah ke rajin tu bukannya senang! Kena ambil masa! (Ini adalah alasan orang yang malas!)



p/s:- yang atas tu ayam masak kicap, bawah tu ayam masak merah - bila tengok gambar macam sama ajekan?

p/s:- masa ibu & mak datang rumah aritu tu suami yang paling seronok pasal 2 minggu tak makan nasi goreng - tiap2 hari ibu masak! 

3 comments:

rositahmdzain said...

Yang tiap2 ari goreng nasi je ke? MasyaAllah kesiannya Lan, patut Lan smpai dah x lalu mkn nasi goreng.

Hafidzin said...

iyalah Uda - adik pun xlalu dah nasi goreng. kat kedai dia makan nasi putih ngan telur dadar aje, boleh habis sepinggan nasi!

bidadarindu said...

betul la same je,masak merah ngan masak kicap...he he..