Wednesday, July 27, 2011

nak balik dah!!

Rasa macam mimpi aje pergi Melaka pasal duduk semalam aje. Anak2 pun dok merungut tak puas! Penat tak abis lagi dah nak balik. Kena harung pulak 6-7 jam barulah sampai rumah!





Buat adik Najwa - tak tahulah dia ingat ke tak jalan nie?? Ni jalan masuk nak ke UITM Segamat. Bila lalu jalan nie teringat masa hantar dia dulu! Sebelum balik kami singgah pekan Tangkak & Segamat. Suami nak cari Mee Rebus Johor tapi sampai ke sudah tak jumpa!. So kami balik ajelah. Tak sempat nak bershopping kat Tangkak pasal nak kejar masa. Takut malam bila lalu jalan Segamat tu - dah lah lori banyak pastu jalan pulak bengkang bengkok.





Singgah masjid Segamat - sebelum tu lalu Hotel Seri Pelangi - Hotel yang kami duduk dulu - dah tutup pun Hotel tu tapi bukan tutup terus - tutup untuk renovation. Gambar kat bawah nie gambar dalam bilik air Masjid Segamat. Saya tak pernah jumpa bilik air yang dikhaskan untuk VIP. First time jumpa nie! Nama aje bilik air khas untuk VIP tapi itulah bilik air yang paling kotor sekali! Tujuan gambar ni diambil bukan ada niat apa2 cuma tertarik ngan "kegunaan VIP"...


1 comment:

ikatankasihku said...

sampai tido2 si bujang tu