Thursday, July 28, 2011

meeting di KL

Hari ni nak pergi berjalan jauh lagi! KL tu jauh ke? Jauhlah jugakkan?? Suami ada meeting esok kat KLCC. So malam ni saya & anak2 ikut suami tidur kat hotel. Selalunya kalau suami ada meeting kat KL, saya amat jarang nak ikut suami tidur kat hotel pasal saya lebih suka tidur kat rumah kakak. Tapi disebabkan kakak dah pindah nun jauh di Semenyih tu maka suami malas nak hantar saya & anak2.   Lagipun sampai nanti pun dah malam, kesian pulak suami nak berkejar balik pulak kat hotel tu. Jauh Semenyih tu, dah tu selalu jem pulak. Dari keluar highway  Pantai Timur tu nak ke rumah kakak ambil masa satu jam setengah! Dulu masa kakak duduk di Wardieburn tu kadang2 suami pun ikut tidur kat rumah kakak jugak walaupun esoknya dia meeting ke apa pasal jarak antara Wardieburn tu tak jauh sangat ngan KLCC.

Lepas suami habis meeting baru kami akan ke rumah kakak. Mungkin lepas sembahyang Jumaat kot. Sementara menunggu suami meeting, dia cadangkan idea yang paling bijak iaitu he..he..saya bawa anak2 shopping kat KLCC. Jarak hotel dekat aje ngan KLCC, jalan kaki aje! Idea yang paling saya suka sangat2! he..he..

p/s:- jom sape nak ikut pergi shopping kat KLCC!!!

3 comments:

ikatankasihku said...

ohh, nak gi klcc, nak ikut..hehe
akak punyer entry gi melaka, lom sempat khatam lagi...nanti free2 nanti boleh ikin baca.. :)

balqish said...

alah umi su ambil lah balqish dulu balqish nak ikut jugak :)

rositahmdzain said...

jom g ipoh minggu ni..antar faiz. sunyi la rumah kami.