Sunday, July 31, 2011

KL part 2

Awal2 pagi dah bangun. Lepas Subuh tu tak tidur balik. Lepas mandi & siapkan anak2 terus keluar ikut suami breakfast. Mulanya hanya saya & suami aje free tapi bila sampai sana, anak2 pun kira free jugak. Iyalah! Anak2 bukannya makan sangat pun! Macam kat Melaka hari tu - anak2 kena sorang rm17 - tapi tak berbaloi apa yang depa makan. Adik cuma makan bihun goreng aje. Awatif aje kot yang makan lebih sikit - tu pun jenuh dok pujuk dia ngan kata2 nie "mahal ni Walid bayar so kena makan banyak2".

Makanan buffet pagi tu tak banyak sangat pilihan. Nasi lemak menu utamanya. Suami kena makan cepat2 pasal pukul 9 meeting start. Selepas suami dah pergi meeting tu kami 3 beranak still kat situ hampir 1 jam. Saja makan2 sambil relax2. Suka tengok Pak2 Arab & Mak2 Arab ngan anak2 depa yang comel! Lepas makan masuk bilik kejap. Lepas tu keluar balik bawa anak2 pergi playground. Playgound tu kecil aje, lagipun banyak mainan kat situ untuk budak2 kecil. Tak sesuai ngan anak2 saya. Pas boring main kat situ, anak2 ajak pergi KLCC.

Mula2 memang rasa takut nak pergi, ingat nak tunggu suami balik pukul 12 tu, tapi bila anak2 dah pujuk Umi pun ikut aje! Memang dekat hotel ngan KLCC. Semalam dah pergi so dah tahulah jalannya. Sampai2 aje terus sms suami bagitahu saya & anak2 ada kat KLCC. Mula2 tu jalan2 cuci mata aje pastu bila masuk Parkson ternampak satu kasut tu! Terus berkenan. Bila try, Awatif pun nak jugak. Fikir2 memang pun nak kena beli kasut raya untuk dia so beli siap2 la senang! Jadi beli lah sepasang untuk saya & Awatif. Saya saiz 5, dia saiz 6. Saiz anak lebih besar dari saiz Umi. Sales girl tu pun cakap budak2 sekarang memang cepat besar!

Lepas beli kasut, si adik jeles pulak pasal belikan kasut si kakak. Kasut dia raya tahun nie tak beli pasal baru aje beli kasut Clarks untuk dia awal tahun ni. Masih elok lagi kasut tu takkan nak beli lagi! Bila dah dia mengamuk tu nak tengok apa2 pun dah tak boleh! Sepanjang dok jalan2 tu dia dok merengek la!! Geram betul! Bila bawa dia kat bahagian mainan kat Isetan barulah dia diam. Dalam dok pilih2 mainan, suami cal bagitahu dah habis meeting. So saya bagitahu kami kat mana. Bila suami sampai, terus tak jadi belikan mainan untuk adik pasal suami nak cepat. Waktu tu dah nak pukul 1 - suami nak check out lagi pastu sembahyang Jumaat lagi.

Lepas dah check out - terus keluar pergi rumah kakak. Suami ingat nak singgah mana2 masjid tapi jalan jem sangat2 - kononnya suami nak cepat so ikut jalan lain - sudahnya terus sesat! Sampai kat Kajang dalam pukul  4 kot! Sesat & jem punya pasal! Bila sampai kat Saujana Impian terus rasa lapar. Nak sampai rumah kakak pun rasa jauh sangat so singgah makan kat Restoran Zee Zee nasi kukus asam pedas! Memang sedap! Dah tu lapar!  Order 2 set ikan pari asam pedas. Rupanya satu set tu untuk 4 orang makan. Satu ketul ikan pari tu tak habis so bungkus bawa balik. Sebelum tu cal ibu tanya ibu nak tak, ibu cakap tak nak! Mak pun tak nak!






















1 comment:

ikatankasihku said...

panjangnyer rambut anak dara tu...