Sunday, July 31, 2011

KL part 1

Bertolak dari rumah dalam pukul 5 petang - sampai KL dalam pukul 9 malam. Check in dulu kat Hotel Ascott - lepas mandi & solat , keluar makan kat Restoran makanan Arab, Hadramamawt. Sebelum tu kami anak beranak jalan kaki pergi KLCC tapi masa tu dah pukul 10 lebih, so KLCC pun dah nak tutup. Lepas penat berjalan baru pergi makan. Restoran tu jauh sikit dari hotel so tak boleh nak jalan - kena patah balik ambil kereta! Penat jugak malam tu kami berjalan kaki. Rasa macam pelancong pulak! he..he.. Rata2 yang ada malam tu semuanya pelancong asing. Yang paling ramai pelancong dari Arab. Nak dikatakan hampir 80% pengunjung hotel adalah dari golongan itu!

Kat Restoran tu pun banyak orang Arab. Dari pekerja sampailah pengunjung. Rasa macam kat negeri Arab pulak (walaupun tak pernah sampai ke sana). Masa sampai kat restoran tu pun dah pukul 11 malam. Anak2 buat perangai! Masing2 mengantuk so macam2 la kelaku depa yang buat kita naik  geram aje! Kami order nasi satu & roti macam murtabak tu 1. Anak2 makan 2-3 mulut aje. Umi & Walid pun tak ada mood sangat nak makan pasal anak2 buat perangai! Cepat2 habiskan makanan pastu balik hotel!

Hotel Ascott ni besar lah jugak tapi yang tak bestnya ketil queen ada 1 aje, tak macam kat Melaka tu! Memang sempit sikit la kami tidur 4 beranak.  Anak2 suka betul bilik air tu he..he.. Bukan main "perak" betul depa tu - macam lah tak pernah tidur kat hotel! Kalau orang luar dengar mereka cakap, mesti sah2 orang buat andaian - anak2 ni tak pernah tidur kat hotel! Betul!! Buat malu Umi & Walid aje! he..he..




















No comments: