Friday, July 1, 2011

esok ada tetamu

Sekarang tengah sibuk kemas rumah sikit2. Esok ada ramai tetamu yang nak datang. Rombongan yang nak datang esok tu nak hantar ibu & mak.

Saya pening kepala jugak mikir apa yang masak untuk dinner esok. Esok pagi baru nak pergi Pasar ngan suami. Saya bab masak2 nie kurang pandai sikit! Masak gulai pun masih tak lulus lagi. Tapi Alhamdulilah! walau tak pandai pun tapi bila masak suami makan bertambah2! Kalau nak buktinya - tengoklah perbezaan badan suami saya dulu dan sekarang! he..he..he.. gelak panjang sikit!!

Pagi tadi ibu cal bagitahu makteh teringin sangat nak makan sayur bayam air, ikan rebus & budu. Ini gara2 Makteh tengok blog saya pasal masakan istimewa tu! he..he.. Bila dah ibu bagitahu tu taklah saya pening2 lagi kepala nak fikir apa nak masak esok! Kalau itu dah menunya memang senang sangat2 la! Jimat pun iya jugak! he..he..

Plan asal nak bawa Kakak & Makteh makan ikan bakar malam esok tapi last minute tak jadi pasal esok pagi kakak ada program kat sekolah. Pukul 2 petang baru abis. So mungkin pukul 3 petang baru bertolak dari KL. Hari Ahad dah nak balik. Takut penat lah pulak. Kalau dah makan ikan bakar tentu malam baru sampai rumah. Tempat makan ikan bakar tu kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Belanja makan satar & otak2 aje lah ya!!

Buat Uda, jangan jeles ya - sayang tak jadi belanja Makteh makan ikan bakar he..he.. Satar & otak2 Uda tak suka sangatkan?? Teringat pulak kat Maksu. Maksu suka sangat makan Satar. Mula2 tu tak nak tetapi bila sekali cuba terus jatuh hati!!

p/s:- antara tetamu yang nak datang esok (selain ibu & mak) - kakak anak beranak (kecuali Mustaqim & bibik Is), Kakak Nadia, Makteh, Hanani & Fatin.

2 comments:

ikatankasihku said...

seronok kalau family sendiri nak dtg rumah.. :)
mcm2 dlm kepala pk, nak masak ape.. :)

Hafidzin said...

ikatan kasih - memang betul, kalau family sendiri datang rasa seronok walaupun penat!
terima kasih kerana komen!