Saturday, July 23, 2011

durian

Nak kata dia minat sangat durian - tak jugak tapi sekali sekali tu bila dia teringin saya beli lah sebiji. Selalunya sebiji tu pun ambil masa 2-3 hari baru habis. Suami & adik bukan pengemar durian - mereka tak makan walau seulas! Saya pulak kadang2 makan, kadang2 tak! Ikut moood tekak macamana! he..he..

Tapi minggu lepas bila saya beli sebiji satu hari aje habis! Lepas 2-3 hari dia dok gaduh nak lagi. Saya malas jugak nak pergi redah town yang agak jauh tu semata-mata nak beli durian sebiji! Dah tu yang paling malas adalah - sebelum nak sampai tu kena harung 7-8 traffic light!

Tapi bila dah anak nak makan, tak sampai hati pulak so semalam kami 3 beranak pergilah jalan2 cari buah!Semalam kan hari Jummaat so suami kerja jadi keluar 3 beranak ajelah! Lepas makan tengahari kat Kopitiam (halal ya) terus pergi cari buah. Mula2 ambil durian sebiji aje tapi bila nampak isi durian yang kekuningan terus rasa tergoda! Jadi cepat2 ambil 2 biji! He..he.. Sekilo rm5 - timbang2 2 biji tu jadi rm20. Murah lah berbanding ngan mula2 saya beli, sebiji rm20! Dah la kurang sedap pastu kecil pulak!

Selain durian, sambar jugak manggis & buah mata kucing. Ketiga2 buah tu adik tak boleh makan, kesian dia! Nasib baik dia tak bising2 atau ngamuk2 pasal dia sendiri tahu kalau dia makan tentu kena lelah! Dahlah batuk masih ada lagi! Dia pandai... dia tahu dia tak boleh makan buah2 tu so dia minta benda lain! So Umi yang kesian pasal dia tak boleh makan buah terpaksa lah ikut! Apa benda yang dia nak tu? Apa lagi kalau bukan benda fav dia - SENAPANG! Belum beli pun lagi so tak adalah nak menunjuk kat sini! he..he..

Mari kita layan gambar Awatif yang makan durian sambil berposing yang dipaksa oleh Umi :-



p/s:- sebiji dah selesai semalam, lagi sebiji ada dalam peti ais, teringin nak makan ngan pulut! kalau rajin petang nanti nak masak pulut la! makan dengan santan & gula - sedapnya!!!

4 comments:

rositahmdzain said...

Yang..best la komen je terus blh baca mcm blog bidadarindu.

ikatankasihku said...

amboi .kusyuk anak dara ni makan durian..

Hafidzin said...

Uda - Fiqah yg tolong buatkan!

Ikin - memang dia suka!

bidadarindu said...

sedapnyer durians kemaman...