Wednesday, July 27, 2011

durian Segamat

Banyak sungguh kami jumpa orang jual durian sepanjang perjalanan kami ke Segamat. Memang musim durian kot sekarang nie! Bukan sikit2 la durian tu, berlonggok2! Lori penuh ngan durian pun penuh di jalanraya! Bukan kata kat Segamat je, kat Tangkak, kat Melaka pun penuh!

Masa dalam perjalanan nak pergi Melaka tu tak teringin nak rasa durian Segamat tapi masa nak balik tu teringin pulak pasal tengok banyak sangat orang jual. Ada satu gerai tu durian sekilo 80 sen aje! Yang banyaknya kami nampak gerai jual rm1 sekilo! Memang murah la pasal masa beli kat Kemaman, sekilo rm5.

Jadi bila dah teringin nak rasa tu, kami singgahlah satu gerai nie! Memang ada sekilo rm1 tapi yang tu macam pecah sikit! Semua tu durian baru! Tauke tu bagi kami rasa "durian tembaga Segamat" - memang sedap lah! Saya & Awatif aje makan pasal suami & adik tak makan durian! Mula2 nak makan sebiji aje pastu tak nak bawa balik pasal suami cakap dia tak tahan bau! Tapi bila rasa aje sebiji tu memang rasa sedap sangat! So tanya suami dulu boleh tak nak bawa balik 2 biji? Nasib baik suami cakap ok! So belilah 2 biji bawa balik! Semuanya rm17 untuk 3 biji durian tembaga. 






Petang tadi masak pulut - makan ngan durian, santan & gula! Sedap tapi dah tak boleh nak makan banyak dah pasal dah rasa muak ngan durian!  Saya pun bukanlah pengemar durian sangat - setakat sekali makan 1-2 ulas boleh lah! Awatif pun dah tak larat nak makan.



p/s:- saya memang dah gemuk! seluar & baju semuanya dah ketat! boleh nampak pipi saya yang makin bulat! bila nak mula diet tak tahulah!!!

p/s:- esok nak pergi jalan2 lagi - suami ada meeting - kali ni nak kemana pulak? he..he..surprise!!

No comments: