Thursday, July 21, 2011

cantik tak?

Jangan boring baca - kisah wall paper lagi nie he..he.. Almaklumlah, apa yang diimpikan dah ada depan mata, selagi tak jemu selagi tulah dok berceritakan?? Suami selalu cakap benda2 baru nie saya memang selalu jaga, tengok tapi bila dah lama2 buat tak heran aje! Tapi yang nie tak kot! Pasal lama dah teringin! he..he..

Inilah gambar dekat corak & caler wall paper yang dipilih oleh saya. Copy dari facebook tauke kedai tu. Masa dia ambil gambar2 nie rumah saya berselerak - tak tahu yang dia ambil gambar2 tu nak letak dalam facebook dia. Kalau tahu tentu saya suruh tunggu bagi kerja2 pasang wall paper selesai & saya kemas rumah dulu barulah tangkap gambar.

Cuma wall paper kat living room aje yang tak sempat snap pasal masa tu belum pasang lagi. Mari kita tengok ya pilihan saya. Agak2 cantik tak & sesuai tak dengan tema gaya English nie? Jom kita nilai sama2 :-

Ni kat ruang TV - saja pilih belang2 pasal nak kelainan, mula2 pilih bunga2 tapi last2 tukar. Ibu & mak kata pilihan caler ni buatkan ruang TV nampak gelap.

Ni kat ruang dinding antara bilik2. Kat sebelah ruang TV. Asalnya inilah pilihan saya untuk satu rumah tapi bila dah pasang feature wall bunga2 tu nampak tak sesuai. Inilah yang saya ceritakan dalam n3 sebelumnya. Tak masuk kan bila digandingkan ngan feature wall bunga2 tu? Lagipun kurang nampak gaya English tu! Nampak macam klasik kan? Cantik wall paper nie - saya mula2 tengok kat rumah kawan, satu rumah dia pasang wall paper nie, nampak cantik & klasik sangat!

Inilah gambar dari dekat feature wall bunga2 tu! Cantik tak? Ini memang pilihan saya - suami tak masuk campur langsung!

Ini dalam bilik utama, teringin nak corak bunga2 kecil ala2 English tu tapi tak ada pilihan sangat kat kedai tu. Semua yang saya berkenan harga mahal sangat! Jadi ambil ini pun jadiklah kan? Wall paper nie boleh bertahan sampai 10 tahun so kalau nak tukar kena tunggu 10 tahun la he..he.. Ini 100% pilihan suami - saya bagi peluang suami pilih pasal yang kat luar tu semua pilihan saya. Kesian pulak kat diakan? Asyik nak ikut saya aje. Dah lah dia yang bayar he..he..

4 comments:

bidadarindu said...

x puas tgk gambar nie...nak kena gi sana tengok betul2...baru tahu cantik ker tak....

Kaz said...

Mmg cantiklah Fizin, teringin nak pi tgk sendiri.

bidadarindu said...

jom kak, kita konvoi sesame...

Hafidzin said...

mailah ramai2!!