Friday, June 24, 2011

rumah, rumah, rumah

Banyak hari tak update blog. Sibuk dengan 3 perkara nie:-

1) Awatif tak sihat - hidung asyik berdarah, selsema tak baik2 & asyik pening kepala. Esok nak kena pergi Kuantan Specialist, jumpa Pakar ENT. Doctor Klinik bagitahu mungkin nak kena operate - buang tonsil. Tonsil dia bengkak & merah. Tonsil bengkak tu memang selalu - kalau dia tak demam pun memang akan bengkak. Nak diikutkan dari umur dia 7 tahun dah kena buang tonsil tu tapi Pakar kat Ampang Putri kata tak payah buat dulu pasal dia kecil lagi, lagipun waktu tu dia jarang demam. Tapi sekarang nie dia kerap sangat demam. Tak tahu lagi macamana sekarang, nak kena operate ke tak. Esok dah jumpa Pakar ENT tu baru tahu. Nak kata tak mahu dia operate, takut nanti tonsil tu buat dia lagi sakit tapi kalau dia kena operate kesian pulak! Dengarnya proses tu menyakitkan! Hai!! ingatkan tahun nie tak adalah nak berkampung kat Hospital! Tolong doakan apa2 pun keputusannya, semoga semuanya berjalan dengan lancar!

2) Kontraktor datang rumah - nak tengok & ukur. Kontraktor nie banyak buat rumah untuk staff Petronas. Sebelum dia datang rumah, saya & suami sibuk berbincang apa yang nak ditambah! Kalau ikut hati, banyak yang nak dibuat tetapi kata hati tak boleh pakai! Kami kena ikut kata DUIT! he..he..Duit kata jangan nak berangan lebih2 - buat aje mana yang mampu! Semalam Kontraktor dah bagi harga! Nak pengsan jugak bila suami bagitahu! Suami jumpa Kontraktor tu selepas balik ofis. Siap Kontraktor tu mengata saya depan suami - "wife awak tu taste tinggi" - amboi! Saya cuma tanya dia kalau nak letak batu2 yang fesyen sekarang tu kat tembok pagar tu mahal tak? Saya dah agak mahal tapi saja nak tanya. Bila dia jawap kata mahal saya pun kata tak apalah! Suami bagitahu dia cakap depan kawan2 suami - ngada betul tau! Buat malu aje kan? he..he..

3) Sibuk dok punggah majalah Anjung Seri lama2 - nak cari idea tentang tembok & apa2 yang berkaitan. Bagi orang yang ada duit tentu tak ada problem. Bagi yang tak ada duit macam kami nie kena lah fikir banyak. Apa yang nak buat semua nak kena ada limit.

Lama Bidadarindu tak update pasal rumah Makteh! Hati Makteh tentu berbunga2 sekarang pasal rumah dah nak siap! Kakak pun sama. Rumah Kakak pun dah start renovation. Rumah kat tingkat atas tu dah kena pecah! Banyak juga Kakak tambah! Kat tingkat atas, Kakak tambah satu bilik jadikan 4 bilik. Kat tingkat bawah, tambah satu bilik jugak untuk ibu & mak. Bilik store jadikan bilik Bibik. Pastu Kakak tambah dapur jadikan wet & dry kitchen berasingan. Kakak tak sabar2 nak tengok rumah siap! Bukan kata Kakak - saya pun sama jugak! Pasal kami anak beranak memang selalu pergi sana! he..he..

p/s:- minggu ni kakak nak ambil ibu & mak balik KL, kalau tak ada apa2 hal, ibu & mak akan datang rumah saya minggu depan ngan Makteh. Ibu & mak dok sini seminggu pastu kakak datang ambil ataupun saya pergi hantar KL.

p/s:- buat Makteh - kalau Makteh hantar ibu & mak kat rumah sayang minggu depan, nanti sayang belanja makan ikan bakar petai! he..he..

No comments: