Monday, June 27, 2011

perihal Awatif

Gambar2 ni diambil pada hari Sabtu lepas.



Pada n3 yang lepas, saya ada cerita pasal hal Awatif ngan tonsilnya tu! Ni nak sambung balik cerita tu! Hari Sabtu lepas kan kami bawa Awatif jumpa Pakar ENT kat Kuantan Specialist. Doktor tu kata memang KENA operate - buang tonsil tu! Sebab pertamanya - tonsil tu bengkak tak surut2 walaupun dia tak demam! Dan keduanya, sejak awal tahun ni dia makin kerap demam. Dalam sebulan mesti 2-3 kali dia demam. Doktor bagi masa untuk kami decide bila nak buat operation tu. Mungkin sebelum puasa kot!

Menurut Doktor, proses operation tu ambil masa dalam 20-30 minit. Kena warded dalam semalam aje. Kalau pagi Isnin buat operation, Selasa petang dah boleh balik. Sebelum dia dibius parents boleh temankan dia dalam bilik operation tu. Kiranya dia boleh nampak saya atau suami sebelum dia tak sedar. Mesti waktu tu dia takut! Bayangkan aje pun saya dah ketar! Kesianlah anak dara Umi sorang nie!! Kecil2 dah kena operate!

Dia paling excited pasal operation tu ialah - boleh makan ais cream tiap2 hari! Even lepas operate pun boleh terus makan ais cream dah! Itu yang dia suka sangat tu sampai rasa takut tu boleh hilang!

Pasal bab hidung dia yang selalu berdarah tu - Doktor scan dalam hidung dia - Doktor tunjuk la kat saya & suami - banyak betul urat2 darah dia, halus2! Itu yang menyebabkan hidung dia selalu berdarah! Antara salah satu penyebab jugak adalah resdung! Dia ada masalah resdung sikit! Tu mesti 'ambil" dari Umi he..he.. Resdung Umi tak baik2 walaupun dah 2 kali buat operation. Keturunan la tu kan?..

Ubat untuk hidung berdarah tu Doktor bagi cream untuk sapukan dalam hidung. Ubat tu jugak bagus untuk resdung. Doktor sarankan saya jugak pakai cream tu 2 kali sehari selepas mandi!

p/s:- Doktor dah sound awal2 - JANGAN bela apa2 binatang peliharaan macam kucing ke, arnab ke, hamster ke atau yang seumpamanya! Walaupun dah tahu sebelum ni, tapi anak2 still rasa frust! Kesian pulak tengok! Kita bela ikan ajelah nanti ya!!

2 comments:

ain_pinkz said...

aduhh..cakittnya...ksiannnn awatif..tapi xpala kn,nk mkn aiskrim punya psai..

Kaz said...

Kesian Awatif tp better operate sekrg dan selesaikan masalah tonsil tu daripada dibiarkan dan awatif terpaksa menderita. InsyaAllah, awatif pasti kuat spt Umminya.